Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram
Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram [Sumber: https://pakdin.my/?p=154633 ] SETIAP kali mendengar tentang poligami, pasti terlintas ungkapan 'payung emas'! Setiap wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain, apatah lagi bila memikirkan wanita lain akan memiliki suaminya yang tercinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Susah untuk seorang isteri menerimanya dengan ikhlas dan redha walaupun bersetuju untuk dimadukan. Kebanyakan suami akan memberi alasan bahawa jika isteri mengikut arahan dan menerima poligami dengan hati terbuka, maka isteri akan mendapat ganjaran payung emas di akhirat kelak. Namun sejauh mana kebenaran itu? Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu. "Sikap sebagai Muslim adalah kita tak menentang sebarang syariat ALLAH SWT namu...