Posts

Showing posts with the label Bakar

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

Image
[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326 Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu.  Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini. Katanya setakat ini lebih 20 saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut. Media sebelum ini melaporkan, luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut selain dikelar diperut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas. Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Image
[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235 SUNGAI BESAR  -- Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam. Terdahulu, Agus Salim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8 pagi semalam (23 Mei). Katanya hasil tindakan pantas pihaknya, mereka berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sebuah kediam

[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak

Image
[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163525 Berang cintanya ditolak, seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai menjual telefon pintar sehingga kerugian kira-kira RM100,000 di Langkap dekat Teluk Intan petang semalam 15 April 2023. Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata anggota Balai Polis Langkap menerima laporan kejadian pada 3.19 petang daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang bekerja di kedai telefon berkenaan. Beliau berkata dalam laporannya, wanita berkenaan menyatakan lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu datang ke premis itu pada 2.30 petang lalu mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan serta melemparkan kata-kata berunsur lucah. Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu turut mengancam keselamatan wanita itu dengan mengugut akan membakar wanita berkenaan dan premis itu. “Disebabkan terlalu takut, wanita berkenaan bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan. Semasa l

Tak Puas Hati Dengan Undang-Undang Punca Pondok Polis Dibakar

Image
BACHOK - Akibat tidak berpuas hati dengan ketegasan undang-undang berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), seorang lelaki bertindak membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat, Bachok, pada Sabtu lalu. Lelaki berusia 34 tahun yang juga suspek keempat ditahan di Kampung Gelong Badak di sini, pada jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, dia mengaku bertindak di luar batasan kerana dihasut oleh rakan-rakannya. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114351/