Posts

Showing posts with the label Kes Bunuh

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Image
Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang BACA seterusnya: https://pakdin.my/174252 Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu. “Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini. Tinjauan mendap

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Image
🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174146 Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan. Anggota Forensik kali ini memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa. Sehubungan itu, bapa dan ibu Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat hadir serentak bersama anggota Forensik kira-kira pukul 4.15 petang tadi. Operasi berkenaan selesai sejam kemudian iaitu pada pukul 5.15 petang. Pada pagi tadi, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R menjadi tumpuan bagi mengesan bukti baharu. Dua anjing Unit Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota Forensik melakukan pemeriksaan selama hampir empat jam. Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan
Image
Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174138 Polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6. Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tapisan besar-besaran juga akan dibuat melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah terutama mereka yang terlibat dalam kesalahan seksual. “Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin. Mengulas lanjut, beliau memaklumkan setakat ini kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai m

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Image
🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174077 Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Katanya, kes yang direkasifikasikan sebagai kes bunuh itu masih dibawah siasatan IPD Petaling Jaya. “Pihak kami (Bukit Aman) turun petang ini untuk merencanakan operasi seterusnya bagi mengesan suspek yang masih terlalu awal untuk dirumuskan. “Siasatan sebelum ini, kita telah melalui lokasi sama (kejadian) dan pada lewat malam hari kedua baru ditemui mangsa di sana. “Kita boleh rumuskan bahawa mangsa tidak mati di lokasi kejadian. Mangsa

Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh

Image
Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh Sumber:  https://pakdin.my/157574 - SEREMBAN: Polis mengesahkan mayat wanita tanpa identiti yang ditemui di kawasan gaung di Kilometer 14 dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, pada Ahad lalu sudah dikenal pasti. Malah, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga mengklasifikasikan penemuan mayat mangsa yang disahkan sebagai warga tempatan berusia 29 tahun itu sebagai kes bunuh. Mengulas lanjut, katanya pengesahan identiti mangsa susulan pengecaman dilakukan individu yang mendakwa waris kepada wanita terbabit. "Sehingga kini, kertas siasatan berhubung kes sedang disiapkan dan pihaknya sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. "Saya sahkan siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. "Kertas siasatan hampir selesai dan se