Posts

Showing posts with the label Hulu Bernam

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

Image
PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166510 HULU SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan pimpinan Amanah peringkat negeri dan pusat serta BN khususnya UMNO dalam mencapai kata sepakat mengenai keputusan tersebut. "Perkembangan ini merupakan satu titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam Kerajaan Perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, katanya, Amanah Hulu Selangor berusaha sedaya upaya mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan itu bagi memastikan kerusi DUN Hulu Bernam mengekalkan kemenangan yang disandang BN se

[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat

Image
[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160561 KUALA KUBU BHARU: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, Hulu Bernam dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga. Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti. "Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek. https://twitter.com/kamaluddinidrus/status/1561345772087455745?s=21&t=TqZ60S7D6O4Ds1mnVWzWeA

Rezeki 'Serigala Merah' di Sungai Bernam

Image
Rezeki 'Serigala Merah' di Sungai Bernam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160311 Hulu Bernam: "Ia adalah ikan baung paling besar pernah saya tangkap sejak menjadi nelayan darat 30 tahun lalu," kata pengawal keselamatan, Roslan Yatim Mustapa, 58. Terdahulu tular di media sosial gelagat seorang wanita yang juga isteri Roslan, Noraini Adnan, 55, menunggang motosikal sambil membawa seekor ikan baung merah. Ketika itu, Noraini Adnan dalam perjalanan menjual ikan berkenaan kepada peraih ikan di Kampung Kuala Slim, Perak, baru-baru ini. Roslan berkata, video berkenaan dirakam penduduk yang kebetulan terserempak dengan isteri yang dalam perjalanan ke tempat peraih ikan. Roslan berkata, ikan baung merah yang turut digelar penduduk setempat sebagai 'serigala merah' itu mengena tajur yang dipasangnya di Sungai Bernam, baru-baru ini. "Saya menggunakan umpan ikan keli dan tidak menyangka mampu menaikkan baung merah seberat 27 kilogram (kg). "Ikan itu dijual den