Posts

Showing posts with the label Perdagangan

[VIDEO] Johor penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Jan-April tahun ini

Image
[VIDEO] Johor Penyumbang Terbesar Kepada Jumlah Perdagangan Negara Bagi Tempoh Jan-April Tahun Ini BACA seterusnya: https://pakdin.my/166009 ISKANDAR PUTERI  -- Johor muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. “Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia,” katanya. Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, hari ini. Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM842.795 bilion bagi tempoh Januari sehingga Apri