Posts

Showing posts with the label Pertak

22 termasuk 12 anggota polis terperangkap kepala air di Pertak berjaya diselamatkan

Image
KUALA KUBU BHARU: 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap akibat fenomena kepala air ketika beriadah di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, berjaya diselamatkan pihak bomba, sebentar tadi 4 September 2025. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang. Katanya, operasi menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat. “Daripada jumlah keseluruhan, 12 mangsa adalah anggota polis, manakala selebihnya orang awam,” katanya ketika dihubungi malam ini. Beliau memaklumkan, semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat pada jam 7.50 malam. Ahmad Mukhlis menegaskan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Image
[VIDEO] Kejadian kepala air Pertak: Mangsa kedua lemas ditemui BACA seterusnya: https://pakdin.my/165996 HULU SELANGOR: Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini ditemui lemas, malam ini. Mayat wanita berusia 52 tahun yang juga warga tempatan ditemui anggota bomba jam 10.20 malam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa kedua itu dijumpai di celah batu pada jarak 50 meter daripada mangsa pertama. Artikel berkaitan: https://pakdin.my/165962/ Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamadul Ehsan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 11 malam. Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian itu. Susulan itu, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomb...

[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak

Image
[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165962 HULU SELANGOR: Wanita ditemukan lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini Rabu 21 Jun 2023. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 5.30 petang. "Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan dua wanita dengan identiti tidak dikenal pasti. "Mereka dipercayai hanyut dibawa arus deras (kepala air) ketika mandi di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menerusi kaedah pencarian di permukaan dengan pasukan dipecah kepada dua kumpulan yang menyusuri Sungai Pertak. "Semasa SAR dijalankan, s...

Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak

Image
  HULU SELANGOR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jabatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang. Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi. Baca seterusnya disini: https://pakdin.my/?p=146957