Posts

Showing posts with the label Tanjung Betong

58 kubur dipindah

Image
58 kubur dipindah Sumber:  https://pakdin.my/158051 ..... LIPIS: Kubur orang alim dan pahlawan terkenal Pahang suatu ketika dahulu antara 58 kubur lama berusia ratusan tahun terletak di Tanjung Betong, Kampung Kuala Telang di sini yang terpaksa dipindahkan oleh pihak berwajib. Tindakan memindahkan kubur lama terbabit terpaksa dilakukan apabila kawasan berkenaan yang terletak di tepi Sungai Jelai diancam hakisan serius sejak beberapa tahun lalu. Tanah perkuburan berkenaan dikatakan wujud ratusan tahun lalu sama dengan pembukaan Kampung Kuala Telang yang juga penempatan terawal di Hulu Pahang. Pegawai Agama Islam Daerah Lipis Mohd Zainudin Zakaria berkata, keputusan memindahkan 58 kubur lama itu terpaksa dibuat kerana kejadian hakisan tebing Sungai Jelai berikutan kesan banjir yang berlaku hampir setiap tahun. Menurutnya, keadaan runtuhan tebing sungai berkenaan yang semakin serius mengharuskan pemindahan kubur dilakukan kerana terdapat keperluan dan kewajaran yang perlu diambil kira. K