Posts

Showing posts with the label PAU 2022

[VIDEO] Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU

Image
[VIDEO] Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU BACA seterusnya di https://pakdin.my/161773/?amp=1 Perang kognitif secara konsisten yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) terhadap UMNO telah berjaya mempengaruhi golongan muda dan pengguna media sosial untuk menolak parti itu. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu. “Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan. “Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita. “Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video dan banyak lagi naratif lain. Dipancar dan disebarluaskan melalui platform TikTok, Instagram, Facebook...

[VIDEO] PH tidak bermuka-muka - Tok Mat

Image
[VIDEO] PH tidak bermuka-muka - Tok Mat BACA seterusnya di https://pakdin.my/161762/?amp=1 Pakatan Harapan (PH) yang bersikap tidak bermuka-muka menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tersebut membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan mengurus perbezaan. “Persoalan seterusnya ialah kerjasama dengan DAP. Di sebalik pendirian UMNO sebelum ini, pendirian politik mestilah diasaskan kepada realiti politik. Ia mesti disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa. “Kita memang kenal pendirian mereka. Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura. “Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara,” katanya semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pu...

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161752/?amp=1 Para perwakilan yang saya hormati; 1. Terlebih dahulu marilah kita sama2 melafazkan rasa syukur, yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan, keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Allah yang Maha Mengatur segalanya. Dan kepada Allah jualah, kita memohon hidayahNya, agar pertemuan pada malam ini, menjadi perhimpunan yang membuahkan kebaikan. Khususnya kepada agama Islam, tanah air tercinta, dan orang Melayu kita. 3. Kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri, selamat dating, dan selamat bersidang, saya ucapkan. Para perwakilan sekelian, 4. Saya amat sedar bahawa, kita sedang berhimpun, di suatu malam, dalam pertemuan, yang sangat luar biasa. 5. Malam dan pertemuan, yang bukan mudah, bagi kita semua. Apatah lagi, buat kami, di barisan pimpinan tertinggi. 6. Malam yang kami harus tampil, menjelaskan setiap p...

[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan

Image
[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161741/?amp=1 Seramai 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti. Mewakili kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan. Beliau berkata tumpuan Umno ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini. "Seramai 126 Ketua Umno Bahagian hadir malam ini meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022 (malam ini), tetapi semua sepakat jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan. "Untuk berdepan e...

[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161730/?amp=1 Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO perlu membuat pemilihan di semua peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei depan. Jelas Setiausaha Agung UMNO itu, ia ekoran permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini. “Pemilihan parti UMNO di semua peringkat iaitu cawangan dan bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri hendaklah diadakan sebelum 19 Mei. “Ini kerana pada 9 November tahun lalu, PRU15 diadakan, tempoh dalam enam bulan itu adalah apabila tarikh PRU15. “Jadi campur enam bulan bermakna sebelum 19 Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) hari ini. Jelas Ahmad lagi, PAU2022 kali juga tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan kerana UMNO mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk...

Umno tak pelawa rakan parti kerajaan ke PAU 2022

Image
  Umno tak pelawa rakan parti kerajaan ke PAU 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Pemimpin parti lain, termasuk yang menganggotai kerajaan perpaduan tidak akan dipelawa ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 dari 11 hingga 14 Jan ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan. Katanya, PAU 2022 hanya membabitkan ahli Umno, parti komponen Barisan Nasional (BN) dan “Friends of BN” untuk menyelesaikan isu dalaman parti serta gabungan itu. “Bukan saja parti lain, malah duta asing juga kita tak jemput, tidak seperti sebelum ini. Setakat ini, itulah keputusannya,” katanya menurut laporan Berita Harian. Ahmad berkata, keputusan tidak menjemput parti lain dan duta asing itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi Umno baru-baru ini. Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno mungkin menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam kerajaan perpaduan untuk menghadiri majlis perasmian PAU 2022. Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesah...