Posts

Showing posts with the label KPISoft

PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus

Image
PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus Sumber:  https://pakdin.my/157580 = Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh syarikat baharu daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunkannya. PAC juga menyuarakan kebimbangan sama ada KPISoft telah menjual haknya ke atas aplikasi itu kepada MySJ Sdn Bhd untuk mendapatkan wang dan mengapa kontrak itu diberikan kepada MySJ melalui rundingan terus, memintas protokol perolehan. “Soalan saya ialah sama ada KPISoft telah menjual semua kepentingannya dalam aplikasi MySejahtera kepada entiti baharu itu,” kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh. Beliau berkata, pelantikan secara rundingan terus dengan syarikat baharu itu tidak sepatutnya berlaku. “Jika Kementerian Kesihatan (KKM) mahu menawarkan kontrak kepada entiti baharu, maka kementerian itu perlu mematuhi semua prosedur perolehan, bukannya secara rundingan terus.” Jika kerajaan mahu membayar...