Posts

Showing posts with the label Bukit Beruntung

[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu

Image
[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu BACA seterusnya di https://pakdin.my/161428 Hulu Selangor: Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan kereta milik sebuah sekolah memandu di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini, hari ini 1 Januari 2023. Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha 135 LC dan kereta Perodua Axia. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Batang Kali. "Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun. Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun BA

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Image
[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar. Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159436    Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang sehingga Bukit Tagar. Info dari: Towing Hulu Selangor  https://web.facebook.com/towinghuluselangor   Anuar Zainudin  https://web.facebook.com/profile.php?id=100053929111626

Pengawal keselamatan maut langgar pokok

Image
Pengawal keselamatan maut langgar pokok [Sumber: https://pakdin.my/?p=155016 ] Bukit Beruntung: Pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Jalan Adenium, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 malam. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa berusia 22 tahun terbabas sendiri lalu melanggar pokok di pembahagi jalan. "Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,