Posts

Showing posts from March, 2022

[Video] Kereta polis Thailand di bom, 2 anggota polis maut dan 2 parah

Image
[Video] Kereta polis Thailand di bom, 2 anggota polis maut dan 2 parah Sumber:  https://pakdin.my/158001 ...... YALA: Berlaku letupan bom keatas sebuah kereta pihak polis Thailand, menyebabkan mangsa 2 orang cedera dan 2 orang maut ditempat kejadian. Kejadian berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya Bachok Tempat 4 Mukim Bachok Daerah Benang Star Wilayah Yala.  Laporan dari pihak polis Thailand mengatakan, mangsa yang cedera dan maut adalah pihak polis Thailand yang sedang bertugas di kawasan tersebut. Keterangan nama-nama mangsa adalah, pertama Sufree Norrapha (cedera parah), kedua Aswawut Rapom (cedera parah), letiga Wiwat Ratchat (maut ditempat kejadian), dan leempat Nachpol Prommani (maut ditempat kejadian). Manakala, saat ini pihak tentera Thailand tingkatkan operasi keamanan, dan menutup beberapa lalu lintas jalan raya yang berdekatan. 

[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185

Image
[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185 Sumber:  https://pakdin.my/157997  ... KOTA BHARU – Seorang peniaga menjual perkakasan rumah mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen yang diletakkan di hadapan premisnya di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini dikebas pencuri. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi. Menurutnya, tiga orang lelaki yang terlibat dalam kecurian itu telah memunggah 10 beg simen ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga. “Pemilik premis itu yang berusia 25 tahun menyedari beg simen itu hilang semasa membuka perniagaannya kira-kira pukul 7 pagi tadi. “Beg simen yang hilang itu diletakkan di luar premis yang berhampiran dengan jalan raya. Siasatan mendapati, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen itu dicuri,” katanya k

[Video] Kebakaran Flat Desa Belantik Jalan Sri Stulang

Image
[Video] Kebakaran Flat Desa Belantik Jalan Sri Stulang Sumbr:  https://pakdin.my/157992   .... Kebakaran Flat Desa Belantik melibatkan 2 tingkat yang terletak atas dan bawah. Api dan asap berkepul-kepul dari tingkat 4 dan 5. Keadaan sangat menggerunkan. Nasib baik tiada sesiapa yang cedera! Kebakaran berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi, di flat Desa Belantik yang terletak di Jalan Sri Stulang, Johor Bahru. Difahamkan, kebakaran mula-mula bermula dari sebuah unit di tingkat 4 Blok B, dan kemudian merebak ke sebuah unit di tingkat 5 di tingkat atas. Saya melihat api dan asap berkepul-kepul dari kedua-dua unit itu, dan keadaannya amat menakutkan. Penduduk kawasan Flat Desa Belantik mengambil video dan menyiarkannya di media sosial termasuk Facebook. Ketika kejadian, penduduk berhampiran menjerit, dan selepas melihat kebakaran di unit tingkat empat, kelihatan juga objek jatuh dari tingkap ke tingkat bawah. Selain itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Johor Bahru kemudiannya mengeluar

[Video] Asap tebal cetus suasana panik di Pavilion

Image
[Video] Asap tebal cetus suasana panik di Pavilion Sumber:  https://pakdin.my/157987 ...... KUALA LUMPUR – Asap tebal yang menyelubungi sebuah restoran di tingkat satu, pusat beli-belah Pavilion mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung sebentar tadi. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, anggota mendapati, asap tebal berpunca dari sebuah restoran di tingkat satu pusat beli-belah berkenaan,” katanya di sini hari ini. Mengulas lanjut, kebakaran berjaya dipadam sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ telah pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut. “Kita juga difahamkan, kebakaran mula berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan sendiri pemilik restoran tersebut. “Siasatan lan

[Video] Viral Aksi lelaki duduk di atas jamban awam yang sedang hanyut dibawa arus sungai

Image
[Video] Viral Aksi lelaki duduk di atas jamban awam yang sedang hanyut dibawa arus sungai Sumber:  https://pakdin.my/157982  ..... Sebuah jamban terapung yang hanyut terbawa arus sungai bersama seorang lelaki di atasnya telah menjadi viral dan menghebohkan media sosial. Momen yang memperlihatkan hanyutnya jamban tersebut dimuat naik oleh pengguna Instagram. Menurut informasi, jamban terapung yang hanyut dibawa arus itu berlaku di Sungai Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar dekat Martapura, Kalimantan Selatan. Dalam video, terlihat aliran air yang membawa jamban terapung dengan bongkahan tumbuhan di bawahnya yang dibawa arus bersama. Di atap jamban, ada seorang lelaki berbaju merah yang dilihat duduk santai walaupun dirinya hanyut bersama jamban. Menurut maklumat penduduk yang rumahnya berada di dekat jamban, jamban terapung itu kemungkinan hanyut dibawa arus karena dilanggar kumpulan sampah kayu dan tanaman di sungai.

[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan

Image
[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan Sumber:  https://pakdin.my/157974   ..... Jabatan Imigresen telah menahan 93 warga asing termasuk bayi dan kanak-kanak dalam satu serbuan di Kampung Pantai Dalam awal pagi tadi. Antara kesalahan yang dikesan, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi Imigresen Kuala Lumpur bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu menahan 93 warga asing terdiri daripada 47 lelaki, 33 wanita, 10 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 60 tahun. Serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada penduduk setempat. Katanya, kebanyakan PATI yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan, tukang cuci dan mengambil upah membuat kuih. “Siasatan awal mendapati PATI menyewa rumah terbabit pada harga RM200 hingga RM300 sebulan untuk satu bilik di kawasan itu,” katanya. Beliau berkata, pihak

[Video] 15 lelaki samun guna kayu besbol

Image
[Video] 15 lelaki samun guna kayu besbol Sumber:  https://pakdin.my/157917   ...... KAJANG: Sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis terbabit, 9.35 malam, kelmarin. "Semasa pengadu sedang bekerja di premis berkenaan, dia diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol. "Suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohd Zaid berkata, suspek menggunakan Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora. "Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka melarikan diri. "Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian

[Video] ‘Kak Long 7E’ menangis mohon maaf, rayu tidak diboikot

Image
[Video] ‘Kak Long 7E’ menangis mohon maaf, rayu tidak diboikot Sumber:  https://pakdin.my/157907   .... Seorang wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ yang sebelum ini tular dalam media sosial merayu agar orang ramai supaya tidak memboikotnya. Menerusi siaran secara langsung yang dimuat naik semula di akaun TikTok @sagittarius_women sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai selepas videonya yang dikatakan mengejek orang kelainan upaya (OKU) tular. Kak Long mengaku berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga pernah terfikir untuk terjun bangunan tinggi. “Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long ada anak kecik (untuk ditanggung). Anak-anak sekolah, nak kena bayar yuran, belanja. “Suami Kak Long tak boleh kerja sebab tak berapa sihat dan berada di hospital. Tolong jangan boikot Kak Long, minta maaf semua,” katanya sambil menangis. Sementara itu, seorang lelaki dipercayai pempengaruh media sosial yang turut bersama-sama dalam sesi siaran langsung itu turut mendakwa Kak Long dikecam

[Video] Houthi menyerang tangki minyak Saudi Aramco menjelang perlumbaan Formula 1

Image
[Video] Houthi menyerang tangki minyak Saudi Aramco menjelang perlumbaan Formula 1 Sumber:  https://pakdin.my/157888 ...... Militan kumpulan bersenjata Yaman, Houthi, mengaku bertanggungjawab atas serangan peluru berpandu ke atas tangki simpanan minyak milik syarikat Arab Saudi, Aramco. Tiada korban jiwa akibat serangan peluru berpandu tersebut. Bagaimanapun, terdapat keraguan tentang keselamatan di Jeddah. Lebih-lebih lagi menjelang perlumbaan Formula 1 yang akan diadakan pada hujung minggu ini tidak jauh dari lokasi serangan tangki minyak Aramco. Menurut Bloomberg, tangki minyak yang diserang Houthi dibina untuk memenuhi stok minyak dalam negeri. Bagaimanapun, selepas serangan peluru berpandu dron itu, harga minyak dunia meningkat kepada 100 dolar AS setong. Arab Saudi juga telah memberi amaran bahawa bekalan minyak minggu ini berisiko berkurangan. Mereka meminta Amerika Syarikat supaya menghentikan serangan Houthi. “Peningkatan serangan yang menyasarkan kemudahan penyimpanan minyak

[Video] BMW terbakar cetus gempar

Image
[Video] BMW terbakar cetus gempar Sumber:  https://pakdin.my/157878 ...... SUNGAI BESAR: Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Persekutuan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Sungai Nipah, di sini, gempar selepas sebuah kereta mewah BMW terbakar, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis.,berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.50 pagi. Menurutnya, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, sebuah kereta didapati terbakar dan operasi memadam kebakaran dijalankan. Kejadian tidak membabitkan mangsa, namun kereta itu musnah 80 peratus. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini. namun kereta itu musnah 80 peratus. Punca kebakaran dan nilai kerugian  masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

[Video] Beribu bangkai ikan pias terdampar di pantai

Image
[Video] Beribu bangkai ikan pias terdampar di pantai Sumber:  https://pakdin.my/157869 ....... MASJID TANAH: Beribu bangkai ikan pias dikesan terdampar di sepanjang Pantai Sungai Tuang hingga Telok Gong, di sini, hari ini. Bangkai ikan berkenaan terdampar apabila dibawa ombak besar kesan daripada angin barat yang bertiup kencang mulai 3 petang ini. Hingga lewat petang ini, jumlah ikan yang terdampar semakin meningkat berikutan angin kencang dan ombak yang semakin tinggi. Nelayan, Mokhtar Bakar, 64, berkata, dia terkejut apabila turun ke pantai untuk membetulkan jaring ikan pada jam 4 petang ini. "Semua yang mati hanyalah ikan pias, iaitu ikan yang berenang dan bermain secara berkawan di permukaan ombak dan saya percaya ikan itu terkena tumpahan minyak di tengah laut. "Bangkai itu dibawa ombak dan angin barat ke gigi pantai, sekali gus menyebabkan pantai Sungai Tuang dan Telok Gong dipenuhi bangkai ikan itu," katanya ketika ditemui di pantai berkenaan hari ini. Penduduk

[Video] Ahli PPBM Wangsa Maju Kembali Kepada UMNO

Image
[Video] Ahli PPBM Wangsa Maju Kembali Kepada UMNO Sumber:  https://pakdin.my/157860   ....... Seramai 150 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wangsa Maju mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah melahirkan kesyukuran kerana Ketua Srikandi bahagian itu, Datin Seri Roslinda Abdul Hamid telah menyerahkan borang keahlian mereka. “Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi UMNO Wangsa Maju kerana telah menerima sebanyak 150 borang ahli PPBM yang menyertai UMNO. Ianya diketuai oleh Ketua Srikandi Wangsa Maju, Datin Seri Roslinda Abdul Hamid. “Sebenarnya timing cukup baik sebab menjangkakan pilihan raya akan diadakan dalam tahun ini dan kebetulan mereka ini masuk UMNO akan menambahkan jentera parti walaupun UMNO Wangsa Maju mempunyai berbelas ribu ahli. Kemasukan 150 ahli PPBM akan menguatkan lagi UMNO bahagian untuk terus berkerja keras demi kemenangan pada pilihan raya nanti. “Kita mendoakan aga

[Video] 2 artis berdepan hukuman gantung

Image
[Video] 2 artis berdepan hukuman gantung Sumber:  https://pakdin.my/157851   ..... Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan hukuman lebih parah iaitu gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan akibat memiliki pelbagai jenis dadah. Terdahulu, kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Isma Halil Hamzah, 49, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021. Isma Halil mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini, Februari lalu. Terkini, pada Khamis lalu (24 Mac), seorang penyanyi nasyid lelaki, Yasin Sulaiman ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini dan pemeriksaan menemui 17 batang pokok ganja di rumah berkenaan. Dia ya

[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Sumber:  https://pakdin.my/157645 = GUA MUSANG - Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan. Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook. Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat gajah melalui jalan tersebut. Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu. "Nasihat saya jika terserempak dengan haiwan itu jangan panik dan elakkan menekan hon. "Hal ini bagi mengelakkan h

[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal

Image
[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal Sumber:  https://pakdin.my/157626 = SARATOK: Sebelas keluarga hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Joshua Mitas di Ulu Awek di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.25 pagi dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi. Ketika pasukan tiba, api sedang marak membakar kediaman dua tingkat itu. "Pasukan menggunakan dua hos air yang sumber daripada jentera bomba. "Siasatan awal mendapati punca kebakaran daripada sebuah bilik dalam rumah itu, sebelum api merebak ke bahagian lain," katanya. Menurutnya, hampir tiga jam diambil untuk mengawal dan memadam kebakaran, malah kini kerja 'overhaul' sedang berjalan bagi mengelak kebakaran berulang. Kenyataan turut menyebut keseluruhan sembilan bilik musnah, manakala dua lagi

[Video] Dua lelaki samun warga emas

Image
[Video] Dua lelaki samun warga emas Sumber:  https://pakdin.my/157621 = Jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini sememangnya merisaukan, Mana tidanya, kita tidak menyedari bila kita diperhatikan dan akan menjadi mangsa seterusnya. Bukan itu sahaja, sikap yang tidak berperikemanusiaan yang ada pada penjenayah ini sememangnya menakutkan kerena mereka mampu mencederakan tanpa belas. ------------------- Dalam satu video tular di laman Facebook dimuat naik oleh Sukan Star TV memaparkan detik cemas seorang warga emas yang menjadi mangsa samun. Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat dua orang lelaki datang menaiki motosikal sedang mengheret tangan seorang wanita di tengah jalan. Dalam keadaan tergesa-gesa, dua lelaki berkenaan yang memakai topi keledar menyentap dan melarikan gelang tangan tersebut sambil disaksikan seorang wanita sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di kawasan Bandar Tun Razak Cheras. Menjengah ke ruangan kome

[Video] Dua lelaki tahan, ugut pemandu ambulans dicekup

Image
[Video] Dua lelaki tahan, ugut pemandu ambulans dicekup Sumber:  https://pakdin.my/157607 = KLANG - Dua lelaki yang tular mengejar dan menahan sebuah ambulans dalam perjalanan membawa seorang pesakit ke Hospital Sri Kota untuk mendapatkan rawatan dialisis ditahan pada Jumaat. Lelaki berusia berusia 53 dan 30 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 4 petang pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku kira-kira jam 2 petang Khamis dan pemandu ambulans berkenaan membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Klang kira-kira jam 2.33 petang. Hoong Fong memberitahu, ambulans terbabit melalui kawasan Jalan Tepi Sungai Klang dan didapati sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih memandu secara rapat dari arah belakang ambulans. Pemandu ambulan memberi amaran kepada pemandu van terbabit supaya tidak berada terlalu rapat se

Australia beri dos keempat vaksin COVID-19

Image
Australia beri dos keempat vaksin COVID-19 Sumber:  https://pakdin.my/157603 = SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas mulai bulan depan berikutan timbul pelbagai rantaian baharu Omicron. Malah, kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin turut meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan rentan iaitu berusia lebih 65 tahun, orang asli lebih 50 tahun, lemah imun dan penghuni rumah jagaan. Enam minggu lalu, negara lain termasuk Perancis, Jerman dan Sweden serta pihak berkuasa kesihatan di England mengesyorkan dos vaksin keempat bagi mereka yang paling terdedah termasuk warga emas. Australia melaporkan kadar jangkitan harian lebih daripada 50,000 beberapa hari lalu iaitu kira-kira dua kali ganda berbanding bulan sebelum ini akibat peningkatan varian BA.2 Omicron. Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April, dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia dan

'BN tumbang, tiga pasukan elit polis dibubar PH' - Zahid

Image
'BN tumbang, tiga pasukan elit polis dibubar PH' - Zahid Sumber:  https://pakdin.my/157598 - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Sambutan Hari Polis pada setiap 25 Mac mengimbau pengalaman bermakna bagi dirinya dalam menambah baik perkhidmatan pasukan itu kepada negara dan masyarakat. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, antara yang paling diingati adalah menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi memperkasakan peranan dan fungsinya. "Mencetuskan idea penubuhan tiga skuad elit PDRM untuk melawan dan melumpuhkan habis-habisan jenayah terancang di Malaysia dengan memburu serta menangkap jerung-jerung yang menjadi dalang. "Itulah skuad elit Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisian Narkotik (STING). "Namun sejurus kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pi

[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu

Image
[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu Sumber:  https://pakdin.my/157587 - KUALA LUMPUR: Kegiatan sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) dengan bayaran sehingga RM1,000 terbongkar menerusi serbuan Jabatan Imigresen (JIM), semalam. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya membuat serbuan di pusat hiburan itu kira-kira jam 10 malam tadi. "Dalam serbuan itu, kami memeriksa seramai 100 individu yang berada di dalam pusat hiburan berkenaan membabitkan 79 individu tempatan serta 21 warga asing. "Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 25 individu terdiri 21 wanita warga asing serta empat warga tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus, juruwang serta penjaga premis. "Seramai 21 wanita warga asing yang ditahan itu membabitkan 19 warga Thailand serta dua warga Vietnam berusia antara 23 hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO

PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus

Image
PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus Sumber:  https://pakdin.my/157580 = Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh syarikat baharu daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunkannya. PAC juga menyuarakan kebimbangan sama ada KPISoft telah menjual haknya ke atas aplikasi itu kepada MySJ Sdn Bhd untuk mendapatkan wang dan mengapa kontrak itu diberikan kepada MySJ melalui rundingan terus, memintas protokol perolehan. “Soalan saya ialah sama ada KPISoft telah menjual semua kepentingannya dalam aplikasi MySejahtera kepada entiti baharu itu,” kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh. Beliau berkata, pelantikan secara rundingan terus dengan syarikat baharu itu tidak sepatutnya berlaku. “Jika Kementerian Kesihatan (KKM) mahu menawarkan kontrak kepada entiti baharu, maka kementerian itu perlu mematuhi semua prosedur perolehan, bukannya secara rundingan terus.” Jika kerajaan mahu membayar unt

Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh

Image
Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh Sumber:  https://pakdin.my/157574 - SEREMBAN: Polis mengesahkan mayat wanita tanpa identiti yang ditemui di kawasan gaung di Kilometer 14 dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, pada Ahad lalu sudah dikenal pasti. Malah, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga mengklasifikasikan penemuan mayat mangsa yang disahkan sebagai warga tempatan berusia 29 tahun itu sebagai kes bunuh. Mengulas lanjut, katanya pengesahan identiti mangsa susulan pengecaman dilakukan individu yang mendakwa waris kepada wanita terbabit. "Sehingga kini, kertas siasatan berhubung kes sedang disiapkan dan pihaknya sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. "Saya sahkan siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. "Kertas siasatan hampir selesai dan se

Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang

Image
Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang Sumber:  https://pakdin.my/157570 - Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu. Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu. “Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi temubual ber

Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan?

Image
Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan? Sumber:  https://pakdin.my/157564   - Beberapa menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tujuan pertemuan itu dan mereka akan menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, selepas ini. Pergerakan keluar masuk menteri dan timbalan dapat dilihat sejak awal pagi tadi. Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, pada jam 9.37 pagi.

[Video] Lelaki ditemui mati terapung, dipercayai tertekan dijangkiti Covid-19

Image
[Video] Lelaki ditemui mati terapung, dipercayai tertekan dijangkiti Covid-19 Sumber:  https://pakdin.my/157558 - Seorang pesakit Covid-19 ditemukan mati dalam keadaan terapung di Sungai Perak berhampiran sebuah restoran di Dataran Udang Galah, Teluk Intan, Perak.    Mayat mangsa, seorang lelaki berusia 54 tahun yang memakai baju dan seluar pendek dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 3.36 petang. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam tempoh kuarantin bermula 18 Mac hingga hari ini dipercayai tertekan kerana dijangkiti Covid-19. Ketika ditemui, mangsa masih memakai gelang berwarna merah jambu Kementerian Kesihatan (KKM) di pergelangan tangan kiri. “Menurut kakak mangsa, adiknya masih bujang serta tinggal berseorangan di Teluk Intan. Kali terakhir dia berhubung dengan mangsa, kelmarin. “Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah dari Jumaat lalu hingga hari ini,” katan

[Video] Mayat wanita ditemukan terapung di Batang Rajang dekat Konawit

Image
[Video] Mayat wanita ditemukan terapung di Batang Rajang dekat Konawit Sumber:  https://pakdin.my/157550   - KANOWIT: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek terapung’ yang dilihatnya dalam Sungai Rajang, berhampiran jeti di sini merupakan mayat seorang wanita. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada pukul 12.50 tengah hari tadi. “Sepasukan lima anggota bomba tiba di lokasi dan menggunakan sebuah bot untuk mengangkat mayat berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media. Beliau memberitahu, mayat yang lengkap berpakaian itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit , Deputi Superintendan Tega Bilong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, mangsa dikenali sebagai Chandi Skudan yang berusia 41 tahun dan berasal dari Rumah Pungga Nanga Aya, Sungai Poi. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya.

Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA

Image
Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA Sumber:  https://pakdin.my/157545 - Beberapa menteri tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengundi semalam, sekali gus menyaksikan satu usul berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan. Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen. Usul yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini ditolak selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 85 lagi menyokong. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir. Tujuh menteri dan tujuh timbalan menteri antara 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Wee Ka Si

[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah

Image
[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah Sumber:  https://pakdin.my/157521 - KOTA KINABALU - Seorang wanita maut ditetak di bahagian leher oleh suaminya kerana cemburu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Segama di sini pada pada malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah sebelum dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam. Menurutnya, suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan pisau sehingga tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia. "Sepasukan pegawai dan anggota polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan kejadian itu apabila terdapat mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan d

[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen

Image
[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157510 - Walaupun PM9 telah mendapat mandat Perhimpunan Agung UMNO untuk bubarkan Parlimen tetapi perkara paling sukar untuk bubar parlimen adalah PM ke-9 perlu beri alasan yang meyakinkan YDP Agong.  Tetapi sekarang PM ke-9 sudah mendapat 3 alasan kukuh yang disediakan PH untuk dipersembahkan kepada YDP Agong. 1. Kerajaan tidak stabil menyebabkan banyak orang undang-undang negara boleh terbatal dan seperti semalam undang-undang SOSMA untuk mencegah keganasan telah terbatal. 2. Keadaan majoriti tipis kerajaan tidak boleh mengharapkan MOU antara 3 komponen parti besar kerana mudah dikhianati. 3. Malaysia perlu kerajaan yang stabil untuk tamatkan krisis politik, krisis ekonomi dan kewangan. Terima kasih Teresa Kok dalam text di FB nya mengatakan mereka gembira dapat tewaskan kerajaan dan hapuskan SOSMA. Ini akan jadi bukti jelas kepada YDP Agong untuk bubar Parlimen. Ayuh Tere

Nak sangat ke kena rogol?

Image
Nak sangat ke kena rogol? Selanjutnya:  https://pakdin.my/157492 - Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki warga Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu. Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang, 1 Februari lalu. "Berdasarkan laporan, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan. "Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, bertindak atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terha

MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang

Image
MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157486 - Hanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat manfaat daripada memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Pakatan Harapan dengan Putrajaya, kata seorang pemimpin Pejuang. Timbalan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini, seperti yang dipersetujui dalam MoU itu, hanyalah janji manis kerajaan. “Nampaknya MoU antara PH dan kerajaan persekutuan ini hanyalah sia-sia, di mana PH dengan mudah termakan janji manis kerajaan persekutuan. “Yang lebih penting, hanya Anwar selaku ketua pembangkang bertaraf menteri memperoleh untung daripada MoU ini, bukannya rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Selain mendapat status bertaraf menteri, Anwar turut menerima keistimewaan tertentu sebagai ketua pembangkang, susulan MoU yang dimeterai September

PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin

Image
PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157473 - PKR memecat 11,000 ahlinya yang ada kaitan dengan “Langkah Sheraton” membabitkan kumpulan bekas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tumbang. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin parti terpaksa bekerja lebih keras untuk membersihkan ahli yang bersekongkol dengan kumpulan “khianat” PKR itu. “Saya masih ingat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas Langkah Sheraton panas, kalau mesyuarat tiga jam, dua jam bincang laporan Lembaga Disiplin, tapi sekarang tidak ada lagi. “Kalau dulu beribu laporan Lembaga Disiplin kita terima, merangkumi pelbagai, ada yang diberi surat tunjuk sebab, peluang bela diri dan dibenar membuat rayuan dan sebagainya,” katanya dalam wawancara “Pemilihan PKR 2022: Apa anggota perlu tahu?” malam ini. Sehubungan itu, katanya, MP

[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan

Image
[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157466 - Memorandum berhubung cadangan penggunaan ketum, hemp dan kanabis untuk dijadikan produk tanaman komoditi negara termasuk penggunaannya dalam perubatan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, kata Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin. Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hasil dapatan kajian diperoleh menerusi forum dianjurkan tahun lalu itu akan turut diserahkan kepada Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri. “Tindakan segera untuk memperoleh kebenaran mengeksport bahan itu ke luar negara perlu bagi mengelak Malaysia ketinggalan dalam mempatenkan bahan itu. Sekarang, agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman dalam proses untuk mempatenkan ketum, kalau lambat dapat kebenaran, maka kita akan rugi. “Kalau lambat patenkan kita yang tanam ketum ini terpaksa mengeluar