Posts

Showing posts with the label Lubuk Hantu

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Image
[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679 TANJUNG MALIM, 6 Jun (Bernama) - - Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). “Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap. “Hari ni pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita telah menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya mayat itu telah dibawa ke Hospital Slim River

K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Lubuk Hantu

Image
K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Lubuk Hantu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165574 TANJUNG MALIM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim semalam.  Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua anjing pengesan dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa berusia lapan tahun itu dengan melakukan kaedah pencarian di tebing sungai.  "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan sejauh dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.  "Keadaan di lokasi kejadian tidak mengizinkan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk pencarian dan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota," katanya dalam ken