Posts

Showing posts with the label Rompin

Ibu tunggal diperdaya ‘bomoh’ serah video, gambar tanpa seurat benang

Image
ROMPIN – Gara-gara percaya terkena ‘buatan orang’ seorang ibu tunggal bukan sahaja mengalami kerugian sebanyak RM103,000 malah turut menyerahkan videonya melakukan hubungan seks, beronani dan gambar bogel serta air mani kepada suspek bagi melakukan rawatan mistik. Mangsa berumur 51 tahun yang berasal dari Terengganu dan bekerja sendiri sebagai tukang jahit telah menjual empat utas gelang tangan emas bernilai RM71,350 untuk diserahkan kepada suspek bersama seutas rantai emas bagi tujuan perubatan. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian bermula 1 September lalu selepas mangsa yang mempunyai tiga anak berkenalan dengan seorang lelaki di Aplikasi Omi dan telah berhubung melalui Telegram. “Lelaki tersebut mengatakan mangsa telah terkena buatan orang dan akan membantu merawat pengadu serta meminta mangsa untuk menggenggam sebiji telur dan garam. “Barang tersebut perlu diletakkan dalam bilik dan mangsa berasa seperti telah dipukau serta telah menu...

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Image
Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160581/ KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin. Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. "Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Berita sebelum: Mayat remaja perempuan Orang Asli ditemukan, disyaki mangsa bunuh Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin...