Posts

Showing posts with the label Serendah

🎦 Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang Serendah

Image
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang Serendah Baca seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767403 HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut. Sehubungan itu, pihaknya menjalankan operasi memasang perangkap buaya yang dianggarkan berukuran lima hingga enam kaki. "Tasik ini berhampiran dengan penempatan dan kawasan popular untuk pemancing. “Seramai 20 anggota Perhilitan Selangor terlibat dalam operasi tangkapan ini yang menggunakan umpan daging ayam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai menampakkan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam terutamanya penduduk apartment Saujana berhampiran tasik berkenaan. Justeru, Perhilitan Selangor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa melak

Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu

Image
Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu Baca seterusnya di: pakdin.my/167454 HULU SELANGOR – Seorang guru sekolah rendah menemui ajal apabila kereta Proton Ertiga dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu di Kilometer (km) 7.5 Pintasan Rawang menghala ke Serendah, di sini, tengah hari tadi 12/9/2023. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa berusia 39 tahun dalam perjalanan ke rumahnya yang terletak di Serendah. Ujarnya, mangsa yang bertugas di Sekolah Rendah Bukit Beruntung 1, baru sahaja pulang dari Hospital Selayang untuk membuat ujian darah. “Mangsa sedang jalani dialisis dan pergi ke Hospital Selayang seorang diri untuk membuat ujian darah. Sampai di tempat kejadian, pemandu hilang kawalan lalu melanggr tiang lampu di sebelah kiri jalan. “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari in

Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor

Image
Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167151/ Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah. Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin. "Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pemp

PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah

Image
PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah BACA seterusnya di: pakdin.my/167020   HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan menjalankan siasatan berhubung aduan yang mendakwa kehadiran seekor harimau belang dewasa berkeliaran di kawasan jalan Kampung Orang Asli Serendah, di sini, kelmarin. Pengarah PERHILITAN Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu jam 3.30 petang. "Kami masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan kehadiran hidupan liar itu memandangkan tiada rekod dilaporkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ketika ditanya jantina harimau belang itu, Choon Yung memaklumkan pihaknya belum mempunyai maklumat dan akan mengemas kini dari semasa ke semasa. "Kami menasihatkan penduduk kampung terus melaporkan kepada PERHILITAN Selangor sekiranya mengesan kehadiran haiwan itu," katanya. Terdahulu, tular di laman sosial gambar memapark

Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass

Image
Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163548 HULU SELANGOR – Seramai tujuh individu termasuk lima kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.58 petang. Menurut beliau, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian. “Setibanya Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Harashid Rosli di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport. “Kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman anggaran 10 meter kecuraman. “Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak

Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor

Image
Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163156 HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang 4 April 2023. “Setiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan telah meninggal dunia.  Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” menurutnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat pula berkata mangsa, yang dilaporkan hilang sejak malam semalam oleh ahli keluarganya, ditemukan di bahagian tepi lombong itu.

Dua pemandu cedera kereta bertembung

Image
Dua pemandu cedera kereta bertembung BACA seterusnya di https://pakdin.my/160669/ HULU SELANGOR – Seorang lelaki parah selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 41 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Antaragapi dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 9 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Vios dan Proton Persona. “Kejadian dipercayai berlaku ketika Proton Persona yang dipandu seorang anggota polis berpangkat Koperal dalam perjalanan dari Gombak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor manakala Toyota Vios pula dari Kuala Kubu Bharu menghala Serendah. “Pemandu Proton Persona berusia 37 tahun cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan,” katanya. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah di kaki dan dikej

[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor

Image
[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor BACA seterusnya di https://pakdin.my/160647/ HULU SELANGOR – Seorang anggota polis maut akibat kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dalam kejadian sekitar Kampung Dato’ Harun, Serendah awal pagi 30 Ogos 2022. Difahamkan, mangsa, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim merupakan anggota kawad kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Suffian Abdullah menggantikan Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan takziah dan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa dan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun. “Saya dan seluruh warga IPD Hulu Selangor menzah

Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah

Image
Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157232 - HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter yang menggambarkan seolah-olah tiada tindakan diambil pihak polis terhadap laporan dibuat individu terbabit. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, polis telah menerima satu laporan daripada wanita berusia 36 tahun tersebut di Balai Polis Serendah pada 15 Januari lalu mendakwa dirinya dicabul seorang lelaki dikenali. "Mangsa memaklumkan pada 11 Januari sekitar jam 10 hingga 11 malam semasa mangsa bersama suami serta rakan mandi di sebuah kolam di Serendah, rakannya seorang lelaki tempatan telah mecabul mangsa. "Suspek memeluk dan meraba kemaluan mangsa semasa mandi di kolam renang tersebut. "Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat berjaya menangkap s