Posts

Showing posts with the label NFA

Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam

Image
Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155723 - Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam. Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu. “Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT. Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin. Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap te