Posts

Showing posts with the label Keluar Parti

[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta

Image
[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta BACA seterusnya: https://pakdin.my/166019 Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat. Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000. Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu. Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.  Hakim Akhtar yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding secara dalam talian, berkata hujah Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu

Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Image
Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM? Selanjutnua di:  https://pakdin.my/159641 Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar. Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM. Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu. Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap. "Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengub

[Video] Khairuddin umum keluar PAS serta merta, jadi Ahli Parlimen bebas

Image
[Video] Khairuddin umum keluar PAS serta merta, jadi Ahli Parlimen bebas Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156947 - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas. "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk dicalonkan pada pilihan raya, seterusnya menj

#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti

Image
#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154619 ] KOTA TINGGI - Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Tinggi, Zaharah Kassim, 53, meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa serta merta. Beliau yang juga ibu kepada mangsa gangguan seksual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithanain turut memaklumkan perletakan jawatan itu turut melibatkan 30 lagi ahli PPBM Bahagian Kota Tinggi. Zaharah berkata, keputusan keluar daripada parti itu juga turut dipengaruhi dengan kejadian menimpa anaknya selain sudah tidak percaya dengan kepimpinan ketua PPBM bahagiannya. "Ada beberapa isu berkenaan perkara ini, tetapi apa yang boleh saya maklumkan adalah kerana kami sudah tidak percaya dengan Ketua Bahagian (Rasman) dan pimpinan PPBM. "Di sini saya juga menegaskan tidak ada paksaan fitnah atau konspirasi politik daripada mana-mana pihak," katanya pada sidang media di kediamannya di

[Video] #PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti

Image
#PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti [Sumber: https://pakdin.my/?p=153833 ] JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian PPBM Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi PPBM Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini. Bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Saya juga berpendirian untuk menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor. "Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor," katanya. Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha PPBM Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau.