Posts

Showing posts with the label Langgar Rumah

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Image
[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159483   TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi. Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit. "Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi. "Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampira