Posts

Showing posts with the label Pelupusan Sampah
Image
Bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal BACA di: pakdin.my/167433 BUKIT MERTAJAM, 12 Sept (Bernama) -- Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. "Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya. “Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom