Posts

Showing posts with the label Genting Highlands

Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024

Image
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166515 Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula. "Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024. "Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk 'TerraLink wall system'. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada ...

[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

Image
[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259 HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu. Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu. “Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter. “Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C...

[Video] Kereta terbakar dan mengundur di Genting Highlands cetus panik

Image
[Video] Kereta terbakar dan mengundur di Genting Highlands cetus panik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158407    Begitulah detik mencemaskan yang dilalui sebahagian pengguna jalan raya apabila sebuah kereta terbakar di jalan menghala ke Genting Highlands, Pahang. Menerusi video yang kini tular di media sosial, sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbakar. Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @kas_man88_tks pada Isnin merakamkan orang awam memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api. Lebih mencemaskan apabila kereta yang terbakar itu secara tiba-tiba mengundur ke belakang menuruni bukit. Suasana panik itu membuatkan pengguna jalan raya cuba bergerak bagi mengelakkan terkena kereta berkenaan. Kereta warna putih yang terbakar itu kemudian berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan lain jenis Toyota Vellfire. Video kedua dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ren.pmx, yang dirakamkan daripada pandangan atas, dipercayai dari kereta kabel untuk ke pusat perangina...