Posts

Showing posts with the label Subang

[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Image
[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166724 Polis mengesahkan enam mayat nahas pesawat ringan di persiaran Elmina, sudah ditemui setakat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta. "Setakat ini, enam mayat sudah ditemui dan pencarian membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar. "Dalam kapal terbang, ada lapan orang, satu pemandu kereta dan motosikal. Pemandu kereta ini kita tidak tahu sama ada pemandu e-hailing (Grab) dan adakah penumpang dalam kereta itu. "Kita sedang menghubungi waris terdekat tetapi tiada siapa menjawab telefon," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini. Razarudin berkata, pasukan pencarian akan mencari semua mayat terlebih dulu, manakala kotak hitam akan diuruskan Biro Siasa

[VIDEO] Pesawat terhempas berdekatan Elmina: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut

Image
[VIDEO] Pesawat terhempas berdekatan Elmina: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166717 Polis mengesahkan orang kenamaan adalah antara 10 lelaki  maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini pada 2.40 petang 17/8/2023. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lapan daripada mereka ialah penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. Beliau berkata ketika kejadian pesawat malang itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang tadi. “Namun dua minit sebelum mendarat, pesawat tersebut dipercayai hilang kawalan dan terhempas lalu melanggar motosikal dan kereta yang melalui kawasan itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian. Beliau berkata ketika kejadian, ked

Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong

Image
Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160694/ MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan sebuah helikopter jenis Eurocopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor pada tengah hari, Ahad Beliau berkata demikian susulan pemakluman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang menjelaskan helikopter berkenaan sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas pada jam 11.37 pagi. Menurutnya, helikopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat dikhuatiri hilang pada jam 12.16 tengah hari oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di sebuah lokasi berhampiran Bidor, Perak. "Pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan di lokasi yang d