Posts

Showing posts with the label Lebuhraya Utara-Selatan

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

Image
[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160777/ REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu mangsa Mohd Zaki Taib, 47, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Beliau berkata, salah seorang anggota polis yang terlibat juga mengalami kecederaan parah dan berada di zon merah Hospital Melaka bagi menerima rawatan. “Kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua lagi kenderaan lain yang mana van yang dinaiki tujuh anggota polis ini dalam perjalanan