Posts

Showing posts with the label ADUN Telemong

[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir

Image
[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir  Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155619   - KUALA TERENGGANU: Penduduk di beberapa kampung di Mukim Tersat mendakwa aktiviti pembalakan di Bukit Rasok berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud atau Empangan Kenyir antara punca berlakunya runtuhan tanah di struktur empangan. Seorang penduduk, Ghazali Abd Rahman, 63, dari Kampung Jenagor, Kuala Berang berkata, aktiviti pembalakan di puncak Bukit Rasok, dihentikan sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, hujan lebat yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan berlakunya runtuhan tebing bukit sehingga kayu balak dan sisa balak turut terjatuh ke dalam tasik dan dihanyutkan arus. "Akibat runtuhan tebing bukit menyebabkan kayu balak dan sisa hutan turut terjatuh dan dihanyutkan arus. "Runtuhan tanah di sebelah kanan empangan Kenyir mungkin berpunca daripada pergerakan tanah berikutan hujan lebat berterusan sehingga Isnin lalu," katanya

[Video] 'Siasat segera ratusan ribu balak hanyut di Tasik Kenyir'

Image
[Video] 'Siasat segera ratusan ribu balak hanyut di Tasik Kenyir' Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155436 - KUALA BERANG: Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik Kenyir sejak Isnin lalu. Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, berkata kawasan daerah Hulu Terengganu, terutama sekitar Tasik Kenyir, bukannya zon pembalakan. Beliau mendakwa, sejak Isnin lalu, ratusan ribu batang balak dan sisa hutan dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir sejak Isnin lalu. "Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca berlakunya kejadian itu. "Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tebing di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir," katanya kepada media hari ini. Rozi berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan air bersih dan bakul