Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran - BWF
Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran - BWF BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632 Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan legenda China, Li Dan, layak disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) Persekutuan Badminton Dunia (BWF). BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada 26 Mei lalu berikutan sumbangan cemerlang terhadap sukan badminton di luar gelanggang dalam tempoh masa yang signifikan. Ia berkata Majlis BWF meluluskan pencalonan Chong Wei dan Lin Dan untuk disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran yang dicadangkan Suruhanjaya Anugerah BWF, mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan di bawah Peraturan Anugerah BWF. “BWF mengiktiraf pencapaian dan sumbangan banyak legenda sukan ini dan berharap dapat menyenaraikan lebih banyak juara ke dalam Dewan Kemasyhuran BWF dalam tahun-tahun mendatang," kata BWF. Baru-baru ini, penyenaraian Chong Wei dalam D...