Boleh tanam 10 pokok ganja saja
Boleh tanam 10 pokok ganja saja Selanjutnya di: https://pakdin.my/159594 Jawatankuasa Draf Akta Kanabis dan Hemp Thailand memutuskan untuk mengehadkan hanya 10 pokok ganja yang boleh ditanam bagi kegunaan isi rumah. Jawatankuasa turut menetapkan keluasan tanah bagi menanam kanabis untuk perusahaan kecil, sederhana dan besar. Jurucakap jawatankuasa itu, Panthep Puapongpan berkata, keputusan berkenaan akan dibahaskan di Dewan Rakyat bagi bacaan kedua dan ketiga selepas bacaan pertama diluluskan pada 8 Jun lalu. Rang undang-undang itu dirangka bagi mengawal penggunaan, penjualan, import dan eksport tumbuhan dan ekstrak kanabis, namun tidak menetapkan jumlah tertentu yang boleh ditanam seorang individu sebelum ini. Panthep menjelaskan perusahaan kecil bagi tanaman kanabis merujuk kepada keluasan tanah tidak melebihi 0.8 hektar, manakala perusahaan sederhana bagi tanah kurang 3.2 hektar dan sebarang tanah melebihi 3.2 hektar adalah perusahaan besar. Bagaimanapun tiada had bagi jumlah k...