Posts

Showing posts with the label Anak Kandung

[VIDEO] Bapa durjana rogol dua anak kandung dihukum penjara 702 tahun, 234 sebatan

Image
Bapa durjana rogol dua anak kandung dihukum penjara 702 tahun, 234 sebatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166670 MUAR -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara berjumlah 702 tahun dan 234 sebatan ke atas seorang lelaki yang tergamak merogol serta melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sehingga seorang daripada mereka mengandung. Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas tertuduh, yang berusia 53 tahun, mengaku bersalah terhadap 19 pertuduhan merogol serta 11 pertuduhan melakukan amang seksual ke atas kedua-dua mangsa ketika mereka berumur 9 dan 10 tahun. Bagaimanapun, pekerja pembersihan itu hanya perlu meringkuk dalam penjara selama 42 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman untuk semua kesalahan berjalan serentak iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 10 Julai lepas. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dua rumah iaitu di Bakri serta Jalan Jeram Tepi, Muar di sini sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas. Ba