Posts

Showing posts with the label Johari Ghani

Minyak sawit Malaysia pertingkatkan industri minyak makan Pakistan - Johari Ghani

Image
Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata sektor makanan di Pakistan mengalami pertumbuhan yang luar biasa, pada masa ini ia bernilai US$115 bilion (US$1 = RM4.50) dan diunjurkan berkembang pada kadar 7.5 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang. “Perkembangan ini menyerlahkan peluang minyak sawit Malaysia dan lemak khusus berasaskan sawit untuk menjadi bahan penting dalam memacu inovasi dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penggunaan termaju dalam sektor yang berkembang pesat ini,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Minyak Makan Pakistan Ketujuh di Karachi hari ini. Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun, dengan minyak sawit menjadi komponen utama dalam pemb...

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Image
Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621 Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan beliau bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.  Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang  menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu. Johari yang juga ahli parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ ONN pagi tadi.  Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing. VIDEO berkaitan Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar pencalonannya bagi jawatan sama.