Posts

Showing posts with the label Kerajaan Perpaduan

Ahli belum faham rasional Umno dalam Kerajaan Perpaduan

Image
Ahli belum faham rasional Umno dalam Kerajaan Perpaduan  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166648 Umno perlu bangkit dan menyusun strategi perang yang baharu termasuk tidak boleh lagi hanya bertahan, sebaliknya turut menggunakan taktikal menyerang untuk kekal relevan dalam arena politik negara. Meluahkan pandangan itu, Setiausaha Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata, Umno perlu menjelaskan beberapa isu penting yang sukar diterima dan difahami oleh ahli. "Contohnya penyertaan Umno dalam Kerajaan Perpaduan bersama DAP dan 'No Anwar No DAP' (dilaungkan sebelum ini). "Rata-rata ahli tidak faham rasional di sebalik kerjasama itu. Masa lapan bulan yang singkat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu tidak sempat untuk menyampaikan kefahaman mendalam kepada ahli. "Bahagian dan cawangan gagal untuk menjelaskan kepada ahli," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai apa perlu dilakukan Umno selepas kal

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke

Image
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke BACA seterusnya: https://pakdin.my/166069 Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘pakatan korup’ dibuat atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Beliau berkata ucapan berunsur serangan yang dibuat terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan, dan menurutnya Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.  “Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik. “Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.  VIDEO berkaitan: https://youtu.be/qPXCuA-chjo Pua dilaporkan membuat kenyataan berk

[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

Image
[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165448 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak ada sebarang langkah menawarkan PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan. Timbalan Perdana Menteri berkata, jika ada yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan, pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menganggapnya sebagai perjumpaan rasmi. "Perkara berkenaan tidak pernah diperbincangkan secara rasmi dalam kalangan 9 pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak juga pernah dibincangkan dikalangan pengerusi gabungan parti. "Jika ada pun yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan itu kami tidak pernah menganggap sebagai satu perjumpaan rasmi dan tidak ada satu move (langkah) dibuat ke arah itu," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini hari ini. Ahmad Zahid yang juga Presiden

[VIDEO] Perkukuh parti masing-masing untuk peroleh sokongan pengundi - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Perkukuh parti masing-masing untuk peroleh sokongan pengundi - Ahmad Zahid BACA seterusnya di https://pakdin.my/165244 Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh sokongan daripada ahli serta pengundi-pengundi yang bukan ahli, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan parti-parti komponen di bawah BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) agar terus memperkasa parti masing-masing sebagai teras di dalam BN. "Yang penting adalah kerjasama dengan semua parti di dalam 'outfit' BN, itu prinsip yang pertama namun realiti politik baru di dalam Kerajaan Perpaduan, kita harus menyantuni keberadaan parti-parti dari kolaborasi ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di sini hari ini. "Terdapat 19 parti yang berada di dalamnya. Saya tidak mahu mana-mana parti berkecil hati bila kita bekerjasama

Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar

Image
Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164520 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali “diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. “Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO. Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya," katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Ker

BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan

Image
BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164204 Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di tiga negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan sendiri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti. “Tak boleh kata kita, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (dikuasai Kerajaan Perpaduan) kita ada kelebihan, tidak ada perkara seperti itu, sebab pilihan raya sama macam main bola juga,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar di sini hari ini. Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tiga negeri lain yang akan berhadapan PRN ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai pembangkang. VIDEO berkaitan https://youtu.be/ZEmsVOQj

[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi

Image
[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163926 Persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah mengenai rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen. Bagaimanapun menurutnya bagi negeri yang dikuasai mutlak oleh gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat.  “Tadi kita bincang tiada masalah (pengagihan kerusi di negeri yang dikuasai mutlak parti tertentu). Macam beberapa negeri dipimpin oleh UMNO kita terima dan beberapa negeri lain yang dipimpin oleh komponen PH juga kita terima. “Saya ingat ini bukan isu yang dipertikai tapi saya serah kepada kebijaksanaan kepimpinan di negeri

Kerajaan Perpaduan perlu pastikan pentadbiran kuat untuk stabilkan ekonomi - Anwar

Image
Kerajaan Perpaduan perlu pastikan pentadbiran kuat untuk stabilkan ekonomi - Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163885 Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan ketersediaan kepimpinan bagi memastikan pentadbiran hari ini kuat dan stabil, sekali gus mampu untuk menstabilkan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata ini kerana sekiranya kerajaan tidak stabil dan pemacuan ekonomi tidak kukuh, nasib negara khususnya rakyat tidak akan terbela. “Petang ini Pengerusi Geely, salah satu syarikat automobil kenderaan terbesar negara akan menemui saya dan kemudian akan mengumumkan peruntukan berpuluh bilion.. untuk jadikan Malaysia sebagai markas automobil di rantau ini. “Sebelum ini kita tahu tentang syarikat Amazon Web Services (AWS) yang bersetuju jadikan Malaysia sebagai pangkalan, banyak negara mohon, Filipina, Indonesia dan lain-lain… semua mengharapkan AWS memilih negara mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Aidilfitri pada Ma

Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis

Image
Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161215 KOTA KINABALU: Keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor, melibatkan gabungannya dengan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim terbukti tepat, kata seorang penganalisis politik. “Ia langkah politik yang bijak kerana GRS dan Sabah hanya mendapat manfaat daripada kerjasama itu, contohnya keputusan Putrajaya menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu,” kata Jeniri Amir. Felo Majlis Profesor itu menjangkakan kerajaan persekutuan akan memulihkan lebih banyak hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Perikatan Nasional kini menjadi pembangkang, yang turut dianggotai PAS. Parti itu tidak diterima di Malaysia Timur. “Pemerintah pula terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kedua-dua gabungan itu berikrar akan memperkasakan Sabah dan Sarawak dan menawarkan kepada mereka per