Posts

Showing posts with the label Kuala Pilah

Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan

Image
Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168531/ SINGAPURA – Sebuah kedai menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka, lapor akhbar The New Paper semalam. Seorang pengguna, Steven Wong memberitahu portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar. Ia menyatakan: “Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”. Bagaimanapun, apa yang menonjol adalah entri terakhir menunjukkan caj tambahan 50 sen dikenakan jika pelanggan meminta tiada tauge dalam makanan mereka. Gerai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram. “Ini tidak masuk akal,” katanya,  Wong berkata, dia tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan di pusat penjaja tersebut tidak akan m...

Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung

Image
Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168526 SERI MENANTI - Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang dianjurkan julung kalinya berjaya menerima hampir 10,000 pengunjung menerusi dua hari penganjurannya.  Menurut Exco Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, Seni Budaya Olek Godang membawa maksud kenduri besar berjaya mempamerkan kelestarian seni, budaya dan warisan Negeri Sembilan kepada orang ramai. "Program ini bagus bagi merakyatkan seni budaya kepada masyarakat. Dalam adat perpatih bunga 'lado' merupakan bunga rasmi dalam arkitek seni. Ia begitu unik. "Progam seperti ini juga amat bagus bagi mendedahkan orang orang muda dan memperkenal seni dan budaya Negeri Sembilan kepada mereka supaya ia tidak dilupakan," katanya kepada pemberita dalam Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang Seni Budaya di Ladang Alam Warisan Seri Menanti, Kuala Pilah. Pelbagai aktiviti pam...

🎦 Mengamuk tidak dapat beli beras di Kuala Pilah

Image
🎦 Mengamuk tidak dapat beli beras di Kuala Pilah Baca seterusnya di: pakdin.my/168117 -  SEREMBAN – Tular dalam media sosial sejak tengah hari ini mengenai tindakan beberapa individu mengamuk kerana tidak dapat membeli beras putih tempatan (BPT) di outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kuala Pilah, pagi tadi. Video berdurasi satu minit 17 saat itu memaparkan kekecewaan sebilangan pembeli termasuk warga emas yang beratur sejak awal pagi untuk mendapatkan beras tempatan. Difahamkan, sebanyak 170 pek beras 10 kilogram (kg) daripada jumlah keseluruhan 2,000 kampit beras yang diterima FAMA Negeri Sembilan diedarkan untuk dijual di seluruh negeri ini menerusi pelaksanaan Intervensi Pengedaran BPT. Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias meminta FAMA Negeri Sembilan menambah baik proses BPT selepas menerima rungutan daripada orang ramai di sesetengah tempat. Menurutnya, langkah t...

[Video] Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus

Image
[Video] Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus Selanjutnya:  https://pakdin.my/159353   Terdapat dua papan tanda lintasan tapir di kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai yang melalui kawasan itu agar berhati-hati. Tapir tidak berbahaya namun saya memohon agar orang ramai dan pengguna jalan raya tidak menganggu tapir berkenaan Hutan Simpan Gunung Angsi di Kuala Pilah merupakan lokasi habitat hidupan liar di negeri ini termasuk tapir. SEREMBAN – Orang ramai yang melalui Jalan Lama Bukit Putus, Kuala Pilah dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang gangguan sekiranya terserempak dengan tapir di kawasan tersebut. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, ia susulan tular rakaman video di media sosial hari ini yang menunjukkan seekor tapir yang melintasi jalan tersebut pagi tadi. “Kami mengesahkan video yang diambil oleh individu tersebut adalah di laluan Jalan Lama Bukit Putus. Terdapat dua papan tan...

Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh

Image
Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh Sumber:  https://pakdin.my/157574 - SEREMBAN: Polis mengesahkan mayat wanita tanpa identiti yang ditemui di kawasan gaung di Kilometer 14 dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, pada Ahad lalu sudah dikenal pasti. Malah, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga mengklasifikasikan penemuan mayat mangsa yang disahkan sebagai warga tempatan berusia 29 tahun itu sebagai kes bunuh. Mengulas lanjut, katanya pengesahan identiti mangsa susulan pengecaman dilakukan individu yang mendakwa waris kepada wanita terbabit. "Sehingga kini, kertas siasatan berhubung kes sedang disiapkan dan pihaknya sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. "Saya sahkan siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. "Kertas siasatan hampir selesai dan se...

Terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung

Image
Terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157368 - SEREMBAN – Seorang lelaki yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai perempuan dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, anggota renjer yang bertugas di kaunter Pejabat Jabatan Perhutanan Ulu Bendul Kuala Pilah menyatakan telah didatangi oleh seorang lelaki berusia 50-an pada pukul 10.50 pagi mengatakan semasa sedang berjoging dan ingin mengambil gambar telah menjumpai mayat. “Anggota renjer dan rakannya telah ke lokasi mayat tersebut bersama lelaki tersebut, apabila sampai di tempat kejadian terdapat satu mayat perempuan dalam keadaan tertiarap. “Kejadian berlaku di tepi Jalan Lama Bukit Putus Paroi di mana mayat dijumpai dalam gaung bawah jambatan, tempat kejadian jauh dari kawasan perumahan dan sunyi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. M...