Posts

Showing posts with the label Surah Syaitan

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

Image
[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160458/ WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di negeri New York semalam. Susulan serangan sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) itu, Rushdie dibawa menaiki helikopter ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan, kata ejennya dalam satu kenyataan kepada akhbar The New York Times. “Rushdie berkemungkinan besar hilang satu mata. Saraf tangannya rosak teruk dan hatinya juga rosak akibat ditikam,” kata ejen penulis itu, Andrew Wylie sambil menambah, Rushdie tidak boleh bercakap. Polis negeri New York mengenal pasti suspek terbabit sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey, namun motif serangan masih belum jelas. Polis berkata, Rushdie ditikam di leher dan perut. Sebilangan penonton bergegas ke pentas dan menjatuhkan suspek sebelum seorang a...