Posts

Showing posts with the label Sungai Petani

[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas

Image
[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161167 Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta jenis Honda dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar -Butterworth, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, dan dua penumpang, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, Mohd Iman Mohd Akhir, 17. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan mereka, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, serta seorang lagi rakan cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dari arah Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, hilang kawalan dan melanggar pembahagi kiri jalan. "Kereta terbabit dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Image
[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158517 Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan semalam. “Kami tidak mahu membuat spekulasi mengenai motif pembunuhan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada FMT. Suresh berkata, kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian tembakan juga sedang dianalisis. Mangsa, Murali Shunmugam, 36, dari Bukit Selambau, didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang suspek melepaskan beberapa tembakan di depan sebuah restoran di Jalan Bakar Arang, semalam. Tembakan itu mengenai kepalanya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan. Semalam, Ketua Pol

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

Image
[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA Selanjutnya di: https://pakdin.my/158506   SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa dikenali sebagai Murali Shanmugan berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal. Suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan serta muka dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa dikatakan datang ke restoran terbabit bersama isteri, seorang kanak-kanak dipercayai anak angkat serta rakannya dan baru selesai membungkus makanan untuk dibawa pulang. Bagaimanapun, sebaik membuka pintu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya, mangsa dihampiri empat lelaki yang menunggang motosikal dan terus melepaskan tembakan dari jarak dekat dan difahamkan ketika itu