Posts

Showing posts with the label PRK Kemaman
Image
PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi BACA di: https://pakdin.my/173724 Bertanding buat kali pertama, calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor lega usaha bertemu pengundi tanpa lelah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, yang memasuki hari keempat hari ini, menampakkan hasil positif. Dengan niat menabur jasa kepada kampung halamannya, bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata sebaik selesai penamaan calon Sabtu lepas, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dari waktu subuh hingga ke tengah malam dan kesemua mereka menurutnya memberikan maklum balas baik. “Kita pergi banyak tempat dah, termasuk hari ini kawasan Geliga, Kuala Kemaman dan Paya Berenjut dan ada yang menangis gembira berjumpa saya, jadi mudah-mudahan kita dapat memaksimumkan liputan (perjumpaan dengan penduduk) di sini. “Semua nampaknya setuju dengan calon nombor satu, jadi saya rasa parameter semakin baik. Harapan saya mome

🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi

Image
RAJA Mohamed Affandi beramah mesra bersama penyokong BN di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman. 🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi BACA di: https://pakdin.my/173696 KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan PRK ini sebagai medan perang untuk beliau merampas kembali kubu kuat BN itu. Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatur strategi terbaik bagi menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu, sekali gus mengalirkan semula "warna biru" di Kemaman. "Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah untuk memberi balik apa yang saya peroleh dan dapat daripada Kemaman selama ini dan saya masuk tadi ibaratkan satu medan untuk saya perang balik dalam bentuk yang lain. "Dengan medan yang baik ini kita mengurus dengan baik, tidak mustahil kita akan alirkan warna biru di Kemaman," katanya kepada media se