Posts

Showing posts with the label Sibu

[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar

Image
[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163187 SIBU, 6 April: Peniaga bazar Ramadan yang ‘berputih mata’ susulan ribut di sini petang semalam memusnahkan tapak jualan mereka akan menerima bantuan kanopi baharu hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata bantuan tersebut akan diserahkan beliau bersama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada petang ini. “Esok sebelum petang (hari ini) saya dan Pemuda PBB akan turun padang bagi menggantikan kanopi yang baharu kepada peniaga bazar Ramadan di Dataran Fasa 2 Tun Tuanku Haji Bujang,” katanya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata demikian menerusi satu hantaran video di Facebook rasminya, pada Rabu. “Pemuda PBB mempunyai stok kanopi yang disimpan untuk disumbangkan kepada para peniaga di sini,” ujarnya. https://youtu.be/NpTDFRaj5Hw Namun sekiranya stok kanopi yang disimpan i
Image
[VIDEO] Rumah panjang Jungan 36 pintu musnah terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160576 SELANGAU-- Sebuah rumah panjang di Batu 36 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini.  Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6:58 pagi 23 Ogos 2022.  Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan Rumah Jungan sepanjang 36 pintu, struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Setakat ini kerja kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan. "PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang di alamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.  Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II  KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota.  https://youtu.be/BbfwWzdGnEs Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faizal, Bujang ber

[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu

Image
[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran  di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155593 -  Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu pada malam Selasa. Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 8.12 malam tadi, meragut nyawa nenek berusia 81 tahun, Rashidah Suut bersama anak lelakinya, Taip Bus, 55, dan cucunya, Sima Abdullah, 18. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam. Susulan itu, 19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah serta Sibu bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran. “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian.