Posts

Showing posts from September, 2016

Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Bermula Esok

Image
HARGA runcit petrol bagi  RON95  dan  RON97 masing-masing naik sebanyak 0.10 sen seliter, manakala  Diesel  naik 0.05 sen sepanjang Oktober 2016. Berkuat kuasa 1 Oktober 2016 (esok), harga petrol RON95 naik kepada RM1.80 seliter berbanding RM1.70 pada September. Bagi bahan api RON97, ia juga naik kepada RM2.15 seliter berbanding RM2.05. Manakala diesel pula naik sebanyak 0.05 sen daripada RM1.70 kepada RM1.75 seliter. HARGA RUNCIT MINYAK OKTOBER 2016 RON95 – RM1.80 seliter RON97 – RM2.15 seliter Diesel – RM1.75 seliter

Video: Selepas Galaxy Note 7, Mesin Basuh Samsung Meletup.

Image
Samsung sedang membincangkan "isu-isu keselamatan" mengenai beberapa mesin basuh keluaran mereka selepas satu tuntutan mahkamah dibuat di New Jersey, Amerika Syarikat. Tuntutan mahkamah itu dibuat ekoran terdapat aduan pengguna yang mengatakan mesin basuh itu boleh menyebabkan letupan. Samsung mengadakan perbincangan secara aktif dengan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat mengenai masalah-masalah yang timbul disebabkan oleh mesin basuh 'top-load' yang dikeluarkan antara Mac 2011 dan April 2016, menurut kenyataan syarikat tersebut. "Dalam kes-kes yang jarang berlaku, unit yang terjejas mungkin mengalami getaran yang tidak normal yang boleh menimbulkan risiko kecederaan diri atau kerosakan harta benda apabila ia digunakan untuk mencuci cadar, barang-barang besar atau kalis air," katanya. Samsung mengesyorkan pengguna menggunakan "lower speed delicate cycle" apabila mencuci cadar-cadar atau barangan berat.

Beberapa syarikat Jerman mahu melabur RM1.5b di Malaysia

Image
Beberapa syarikat Jerman menyatakan komitmen untuk melabur RM1.5 bilion dalam sektor semikonduktor dan kejuruteraan di Malaysia. Hasrat itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dan dialog dengan pemimpin perniagaan Jerman sempena lawatan rasmi tiga hari ke negara itu yang berakhir semalam. Antara syarikat yang menyertai dialog itu, termasuk Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International. Selain sesi dialog, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pegawai Eksekutif X-Fab, Rudi De Winter; Presiden Muhlbauer, Josef Muhlbauer; Naib Presiden Kanan (Asia Pasifik & Afrika Selatan) BMW Group (Munich), Hendrik von Kuenheim dan Pengarah Strategik Pembangunan Perniagaan Aerodata AG, Dr Manfred Haverland. "Saya nampak komuniti perniagaan Jerman mempunyai keyakinan tinggi terhadap Malaysia. "Ia bukan sahaja dal

Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station milik Malaysia

Image
KUALA LUMPUR: Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di ikon bersejarah itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Battersea Holding Company Limited berkata, Apple dijangka akan pindah masuk ke Power Station pada 2021.  "Battersea Power Station akan menjadi kampus baharu Apple di London dan pejabatnya akan meliputi kira-kira 40 peratus daripada ruang pejabat daripada keseluruhan pembangunan itu. "Seramai 1,400 kakitangan Apple dari pejabat sedia ada di sekitar London akan dipindahkan ke mercu tanda terkenal di London ini," katanya. Transaksi itu dijangka menjadi penyewaan pejabat terbesar di West End London sejak 20 tahun lepas, kata Battersea. –

Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pemilik FB 'Kapak Sarawak'

Image
BINTULU: Dua laporan polis dibuat semalam ke atas pemilik laman sosial Facebook, 'Kapak Sarawak (Anthony Bakit)' yang di­dakwa menghina penung­gang motosikal berkuasa tinggi. Di Bintulu, Pengerusi Bintulu Bikers Community (BBC) Club, Ahmad Lato bersama beberapa ahli kelab­nya tampil membuat laporan polis di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu untuk meminta tindakan di­ambil terhadap pemilik akaun tersebut. Ahmad Lato memberitahu, laporan polis itu dibuat se­bagai tanda protes dan tidak puas hati ahli-ahli kelab sekali gus kesal dengan catatan pe­milik akaun laman sosial itu yang disifatkan menjatuhkan maruah penunggang mo­tosikal berkuasa tinggi. Tidak menafikan ada seg­elintir penunggang motosikal tidak berhemah di jalan raya, Ahmad Lato berkata tidak semua seperti mana yang dinyatakan dalam 'posting' FB tersebut. Jelasnya, laporan tersebut bertujuan meminta Suru­hanjaya Komunikasi dan Mul­timedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pemilik a

Mahathir Masih Mahu Berkuasa

Image
Sebagai Penasihat PPBM, Mahathir mahu menguasai PM Bukan rahsia lagi bahawa tujuan Tun Dr Mahathir Mohamad rapat dengan parti pembangkang lain dan mahu mereka menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang. Bagi tujuan itu, Tun Mahathir sanggup berbaik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang. Beliau tidak kisah tindakannya duduk bersama musuh-musuh politiknya sebelum ini dikecam pelbagai pihak kerana hanya dengan cara itu Tun Mahathir percaya Muhyiddin serta anaknya Datuk Seri Mukhriz boleh kekal di gelanggang politik. Dengan pengakuan beliau bahawa Muhyiddin yang kini penaja PPBM adalah bakal perdana menteri ketika berceramah di London, minggu lalu, Tun Mahathir menampakkan bahawa beliau tetap mahu berkuasa dan mahu mengawal parti pembangkang lain terutama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara. Lebih menarik Tun Mahathir juga mahu be

Kerja Bodoh Bandingkan Proton Yang Dibantu Dengan 1MDB Yang Diganggu

Image
Semalam, agak ramai yang cuba mewangikan yang sesuatu yang busuk iaitu Proton dengan menyebarkan maklumat tidak berapa lengkap mengenainya, hanya semata-mata mahu mencaci perniagaan 1MDB. Perbandingan itu dibuat bukan secara `apple to apple' tetapi jauh menyimpang daripada hakikat sebenar. Agaknya, akibat terlalu malu kerana Proton telah lama wujud iaitu lebih 30 tahun tetapi masih perlukan bantuan kerajaan hanya untuk membayar vendornya, maka dibuatlah perbandingan tidak setara lalu disebarkan. Kita tidak perlu menggunakan istilah teknikal seperti isu 1MDB yang penuh `business maneuvers, dijaja ke jalan raya hanya kerana ingin memberi perbandingan berbentuk jahil, jahat dan tidak padan. Akibatnya mereka yang tidak pernah memegang fail seumur hidup serta tidak pernah bekerja di pejabat pun, masuk campur dengan memberikan komen berkenaan isu yang langsung mereka tidak berapa arif. Proton lahir pada zaman berbeza manakala 1MDB pula wujud di zaman berbeza. Modul perniagaan j

MAHATHIR mahu tembak kuda sendiri – Gunakan Armand Buat Laporan Polis

Image
Robin dan Tong tahu bahawa Mahathir tewas dan Najib memenangi pertarungan. Jadi mereka mahu meninggalkan beliau dan telah berhenti membiayai ANC. Oleh itu, hari ini, orang Mahathir akan membuat laporan polis terhadap mereka untuk menghukum dan menakut-nakutkan orang lain yang juga mungkin sedang berkira-kira untuk bertukar kem. 1. Hari ini, pada jam 11:00 pagi, Armand Azha Abu Hanifah akan membuat laporan polis terhadap Robin Tan dan Tong Kooi Ong di Balai Polis Dang Wangi. Notis Armand dikeluarkan semalam ( LIHAT DI SINI ) mengenai rancangan itu menyebut kedudukannya sebagai seorang ahli Pemuda Umno EXCO. 2. Yang sebenarnya Pemuda Umno tidak disebalik laporan polis ini, tidak juga secara rasmi memberi kebenaran membuat pengumuman atau laporan polis. Armand sebenarnya membuat laporan polis ini bagi pihak Mahathir dan hanya berselindung menggunakan pergerakan Pemuda Umno. 3. Armand sebenarnya memakai dua songkok. Satu adalah songkok Pemuda Umno dan yang kedua adalah songkok

Khazanah Alam Sarawak - Daun Sabung

Image
Daun Sabung (Iban), Dodah (Bidayuh), Melinjo (Melayu) Sedap di rebus dan makan dengan sambal atau di tumis. Di kalangan masyarakat Iban mengamal makanan sihat tanpa menumis. Jarang jumpa masakan yang ditumis dalam masakan tradisional Iban. Di rebus bersama ikan bilis atau ikan sungai.

Empangan Hidroelektrik Murum dibuka secara rasmi

Image
BELAGA - Loji Hidroelektrik (HEP) Murum bernilai RM4.1 bilion yang dapat membekalkan sehingga 944 MegaWatt (MW) tenaga boleh diperbaharui mapan dan berpatutan kepada Sarawak terutama kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dirasmikan hari ini. HEP Murum merupakan projek pembangunan tenaga hidro Sarawak Energy Berhad (SEB) di bawah Score dan kedua selepas pengoperasian HEP Batang Ai di Lubuk Antu sejak 30 tahun dahulu. Majlis tersebut telah dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud. Yang turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr. James Jemut Masing; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Pengerusi SEB, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Torstein Dale Sjotveit.

Makanan Tradisional Sarawak - Ruya Ubi

Image
Masakan tradisional masyarakat Bidayuh. Enak buat minum petang. RUYA UBI SARAWAK. Bahan-bahan 1kg isi ubi kayu yang telah dibuang kulitnya.(dipotong dalam bentuk kiub) 4 helai daun pandan muda Gula pasir secukup rasa Beras pulut atau pulut hitam Cara-cara - Isi ubi yang telah dipotong dadu, dimasukkan ke dalam periuk bersama air secukup sukatan. - Masakkan ubi tersebut sepeti masak bubur. Setelah airnya mendidih, bolehlah masukkan beras pulut segenggam pun boleh. - Setelah isi ubi dan beras pulut menjadi lembut, perlahankan api. - Setelah itu, masukkan gula pasir. Rasa manisnya sehingga secukup rasa. Kacau gula di dalam periuk itu sehingga sebati dengan 'Ruya Ubi' itu tadi. - Setelah itu, bolehlah masukkan daun pandan. Biar naik aroma bau pandan. - Tuang di dalam bekas/mangkuk yang muat. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!!!

PENDEDAHAN - PERKARA SEBENAR MENGENAI 1MDB

Image
Isu 1MDB bukan mengenai RM42 bilion yang kononnya 'lesap begitu sahaja', seperti apa yang dikatakan oleh Mahathir. Ia adalah mengenai mengurangkan 1MDB kepada 'nilai skrap' supaya mereka boleh melakukan satu lagi penipuan seperti MV Agusta dimana hampir RM400 juta telah hilang kerana berlaku beberapa urusniaga yang melucukan. Dalam usaha terbabaru ini, Malakoff akan memperolehi aset bernilai RM51 bilion dengan hanya RM9 bilion dan membuat tambahan pendapatan RM20 bilion pada penyenaraian 1MDB. 1. Sebelum kita membicarakan lebih kanjut mebgenai bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menggunakan Malakoff untuk melakukan MV Agusta scam dan memindahkan RM42 bilion wang kerajaan ke dalam poket beliau serta kroni merangkap pemegang amanah (termasuk membuat tambahan pendapatan RM20 bilion pada penyenaraian aset), marilah kita terlebih dahulu memahami 25 tahun terakhir penjanaan tenaga atau perniagaan IPP di Malaysia. 2. Dari tahun 197

Pakatan Harapan Atau Barisan Rakyat, Mana Satu Pendirian PAN?

Image
Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula menunjukkan belangnya apabila ada pemimpin mereka meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan kerjasama ke atas penubuhan gabungan pembangkang dengan menggunakan satu logo sahaja iaitu Barisan Rakyat (BR). Cadangan mewujudkan BR untuk semua parti pembangkang dengan menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi itu telah diusulkan oleh oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau merasakan ia mustahak untuk pembangkang  ketika berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti bagi mengelakkan undi terpecah. Gesaan kepada ROS itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan di sini ialah, PAN sebenarnya bernaung di bawah kerjasama dengan parti mana? Selama ini semua sudah maklum bahawa PAN bersama Pakatan Harapan tetapi kini ia m

Tarif Elektrik Sarawak lebih murah berbanding Semenanjung dan rantau Asia

Image
Terdapat mesej Whatsapp berlegar menyasarkan orang Sarawak memfitnah Kerajaan Persekutuan mengawal semua air di Sarawak dan menggunakannya untuk memperkayakan Melayu. Mereka berkata ini telah menjadikan Sarawak tidak dapat untuk menjual elektrik pada kadar yang lebih rendah untuk menarik pelaburan asing. Iniialah tuduhan dusta dan fitnah. Sarawak Elektric, yang dikuasakan mengguna  hidroelektrik, adalah yang paling murah di rantau ini, jauh lebih murah daripada di Semenanjung Malaysia,Thailand atau Vietnam. Sila lihat tarif elektrik industri oleh Sarawak Elektrik di Sarawak dan TNB di Semenanjung Malaysia. Bagi setiap kategori, tarif elektrik di Sarawak adalah jauh lebih murah sama ada waktu puncak atau luar waktu puncak. Tarif Elektrik kediaman dan komersil di Sarawak juga jauh lebih murah berbanding Semenanjung Malaysia. Pembangkang perlu berhenti menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu. Abaikan propaganda negatif dan penipuan. ---- http://www.sarawakenergy.com.my/index.php/customers/

Mahathir Musnahkan Komoditi Utama Negara Dan Mata Pencarian Rakyat

Image
Pada hari Rabu, Chedet mengakui dan hanya menulis tentang dua daripada banyak skandal tetapi menyatakan kedua-dua itu sebagai "bukan salah saya" sambil menyalahkan orang lain. Chedet menulis tentang skandal komoditi bujih timah MAMINCO tetapi menuduh itu adalah kesalahan daripada orang England keran mengubah peraturan perdagangan bijih timah. Tetapi perkara sebenar adalah, hanya orang yang sangat bodoh cuba menaikkan harga komoditi secara artificial semasa kemelesetan ekonomi di seluruh dunia dan ketika permintaan terhadap komoditu berkurangan. Jadi, apa yang berlaku seterusnya adalah bahawa pengusaha industri akan menggunakan komoditi pengganti lain (keluli, besi, tembaga, nikel atau plastik) untuk selama-lamanya menggantikan timah kerana harga yang rendah dan berdasarkan harga pasaran sebenar - bukan mengikut harga artificial yang terlalu tinggi. Pada masa yang sama, pengeluar bijih timah di seluruh dunia akan meningkatkan bekalan manakala Amerika Syarikat mengeluarkan si

Matthias, Husam batal saman terhadap Riza Aziz, Red Granite - Macai ProTun Telan Kahak

Image
Peguam Matthias Chang dan pemimpin Amanah Datuk Husam Musa membatalkan saman mereka terhadap Red Granite Pictures, dan pengasas Riza Aziz dan Joey MacFarland. Menurut The Hollywood Reporter, keputusan mereka berbuat demikian "masih belum jelas". "Mereka secara sukarela membatalkan saman itu tanpa prasangka, menurut dokumen mahkamah yang difaikkan pada Jumaat, supaya mereka boleh mencuba sekali lagi," lapor portal hiburan itu, dan menambah peguam plaintif Louis Burke belum memberi respon. Sementara itu Red Granite menghantar kenyataan kepada The Hollywood Reporter menyatakan pembatalan "tuntutan undang-undang tidak serius" itu adalah langkah yang betul pertamanya kerana ia tidak wajar. Ogos lepas, Matthias dan Husam memfailkan saman "bagi pihak semua rakyat Malaysia" menuntut ganti rugi dan pemulangan harta dan aset yang mereka dakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.

Mahathir Kaya Sebab Menabung Dari Muda?

Image
Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kekayaan yang beliau miliki hari ini adalah atas usahanya menabungnya sejak 29 tahun yang lalu. Tun Mahathir menyatakan menerusi usaha menabung itu, beliau berjaya membuka kedai roti, ternakan kuda , lembu dan kerbau. Tun Mahathir yang menulis dalam blognya semalam, juga mendakwa, beliau langsung tidak pernah meminjam walau satu sen pun daripada bank. Untuk menambah rencah, Tun Mahathir turut menyatakan beliau tidak didakwa di mana-mana mahkamah di seluruh dunia atas salah lakunya sepanjang mentadbir kerajaan selama 22 tahun. Hebatnya beliau, berjaya menabung hingga mampu memiliki kandang kuda di Argentina, pelbagai koleksi kereta mewah termasuk bufori geneva bernilai RM1.5 juta selain anak-anaknya yang boleh dianggap sebagai bilionair. Selama 29 tahun, beliau berjaya `menyimpan' RM4,000 gajinya sebagai ahli Parlimen dan secara purata RM20,000 gajinya sebagai Perdana

Mahathir Terpaksa Sewa Jet Eksekutif

Image
Kesian sungguh baca blog A Kadir Jasin, Mahathir terpaksa sewa jet eksekutif untuk mengadap Yang diPertuan Agong di Kedah. Artikel menagih simpati tapi tak cukup sedih. http://kadirjasin.blogspot.my/2016/09/cacian-kukuhkan-azam-dan-iltizam-dr.html?m=1 Bukan ke Mahathir salah seorang pengarah syarikat sewaan jet, FLYjet Sdn Bhd http://pakdin.my/mahathir-pemegang-saham-syarikat-jet-peribadi-flyjet-sdn-bhd/ Anak beliau Mokhzani Mahathir memiliki jet peribadi Falcon 900LX. http://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/07/26/corporate-jets-in-vogue-they-are-an-indispensable-tool-for-executives-to-travel-in-style/

Pakar Propaganda ProTun, A Kadir Jasin Buktikan Mahathir Rasuah

Image
Fuyoh, khidmat jet peribadi 100% di bawah harga pasaran digunakan oleh Mahathir semasa menjawat sebagai Perdana Menteri. Nak tanya jika kawan-kawan ini ada buat kaitan perdagangan dengan kerajaan pada masa itu, tak? Terima kasih diucap kepada A Kadir Jasin di atas jasa baik untuk membongkarkan rahsia rasuah ini. Pandai betul, Pak Kadir. Mahathir memang sayang padamu. SPRM patut siasat . A Kadir Jasin hendak mendedahkan betapa pengaruh Mahathir kian lemah. Ahli Perniagaan bukannya bodoh dan mereka tahu siapa yang menang dan siapa kalah. Tahun lepas ramai yang menyokong Mahathir sehingga ada yang sanggup menaja sambutan harijadi mega Mahathir ala James Bond. Setelah melihat Mahathir asyik kecundang, mereka menganggap Mahathir dan parti baharunya tiada harapan. Ini disahkan sendiri oleh A Kadir Jasin. http://kadirjasin.blogspot.my/2016/09/cacian-kukuhkan-azam-dan-iltizam-dr.html

Guan Eng Persoal Kerjasama Ambiga Dan Mahathir

Image
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa aktivis sosial itu bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Anda bekerja dengan Mahathir. Kenapa awak melakukannya? Adakah anda mengampuni beliau di atas apa yang telah dilakukannya (terhadap negara ini)?" soal Guan Eng dalam satu sesi pada Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, Khamis. Dalam satu langkah yang dianggap sebagai "pernah berlaku sebelum ini" oleh Ambiga memandangkan beliau merupakan moderator sesi berkenaan, beliau menjawab dengan mengatakan bahawa malah bapa Guan Eng iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir. "Isu kemaafan tidak pernah timbul. Saya melihatnya sebagai satu keperluan, kita sedang menghadapi pilihan yang sukar'," kata bekas presiden Majlis Peguam itu. Ambiga berkata, kolaborasi dengan Dr Mahathir merupakan satu keperluan, sambil menambah bahawa

MENTERI BESAR HOMOSEKS DI BAWAH TELUNJUK MAHATHIR - RPK

Image
Gambat hiasan RPK dalam artikel beliau menyebut ada di antara menteri besar yang berada dibawah telunjuk Mahathir. http://www.malaysia-today.net/the-faggot-menteri-besar-under-mahathirs-thumb / Mahathir tidak mempunyai banyak pilihan yang tinggal. Malah, hampir tiada pilihan yang tersisa. Jadi sekarang dia perlu memilih jalan keluar dengan memeras ugut untuk cuba menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Dan strategi terkini beliau adalah untuk melakukannya pada sebuah negeri dan berharap, berdasarkan teori domino, negeri-negeri lain akan mengikut kerana suasana panik merebak di seluruh negara. Jadi Mahathir telah memilih seorang Menteri Besar yang mempunyai minat terhadap lelaki muda yang cantik untuk permulaan. Mahathir mengancam untuk mendedahkan kelainan seksual Menteri Besar yang 'luar biasa' jika dia tidak mengikuti kehendak beliau menjadi Trojan horse. Tugas beliau adalah untuk menyebarkan ketakutan dan panik di kalangan pemimpin Umno dan wakil rakyat di negeri itu