Posts

Showing posts with the label Nikah

Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar

Image
Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161898 Kes pernikahan di Thailand tanpa kebenaran yang membabitkan pasangan dari daerah Kota Setar kini secara puratanya meningkat 15 peratus sebulan, selepas dua tahun berlaku pandemik COVID-19. Pegawai Agama Daerah Kota Setar Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata kebanyakan pernikahan itu melibatkan individu bujang dan berpoligami tanpa kebenaran. “Terdapat lima hingga enam peratus yang bernikah di Thailand ini didapati tidak sah dalam pengesahan pernikahan mereka… tak sah sebab (antaranya) wali hakim yang tak bertauliah atau kahwin dengan isteri orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Menuai Padi Musim 1/2023 Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi LZNK Datuk Norizan Khazali. Ahmad Faisol berkata terdapat juga kes pernikahan ...

Rakyat M'sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

Image
Rakyat M'sia  berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/ PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air. Beliau berkata pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang. "Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Mahabbah 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini. Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  yang juga Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra. Muhammad Ridzuan turut menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran ...

Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Image
Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram [Sumber: https://pakdin.my/?p=154633 ] SETIAP kali mendengar tentang poligami, pasti terlintas ungkapan 'payung emas'! Setiap wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain, apatah lagi bila memikirkan wanita lain akan memiliki suaminya yang tercinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Susah untuk seorang isteri menerimanya dengan ikhlas dan redha walaupun bersetuju untuk dimadukan. Kebanyakan suami akan memberi alasan bahawa jika isteri mengikut arahan dan menerima poligami dengan hati terbuka, maka isteri akan mendapat ganjaran payung emas di akhirat kelak. Namun sejauh mana kebenaran itu? Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu. "Sikap sebagai Muslim adalah kita tak menentang sebarang syariat ALLAH SWT namu...