Posts

Showing posts with the label Kelar Leher

Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak

Image
Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154921 ] Seorang pemuda berusia 22 tahun dikenali sebagai Fenil Goyani dengan kejam mengelar rakan satu kolej selepas cintanya ditolak dalam satu kejadian pukul 6 petang, Sabtu lalu, lapor NDTV.com Kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku di Surat, India, selepas pemuda tersebut menjadikan gadis bernama Grishma Vekariya, 21, sebagai tebusan sebelum membunuhnya di tempat kejadian. Menurut laporan media tempatan, pemuda yang berasal dari kawasan kejiranan Kapodra telah lama suka kepada mangsa sebelum meluahkan perasaannya, tetapi telah ditolak. Akibat tidak dapat menerima penolakan itu, Goyani bertindak kejam mengelar leher mangsa di tempat awam selepas cubaan memujuknya untuk melepaskan gadis tersebut gagal. Selepas berbuat demikian suspek cuba membunuh diri dengan meminum racun serta mengelar pergelangan tangan. Insiden ngeri itu telah dirakam beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian