Posts

Showing posts with the label Monkeyfox

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

Image
Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158470 LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam. Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan  antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain. Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara  kes masih dalam siasatan, kata agensi sama. Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980. Walaupun cacar monyet jauh lebih ringan daripada penyakit cacar dengan pesakit biasanya pulih dalam masa beberapa minggu sahaja