Posts

Showing posts with the label Gombak

[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak

Image
[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang Gombak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162387 Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang 12 February 2023 sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam. Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat. “Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter dan kerja menyelamat sedang dijalankan. “Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik

Image
Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik [Sumber: https://pakdin.my/?p=154818 ] Gombak: Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam rumah di Kampung Changkat Damai di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.04 pagi. Katanya, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dan Selayang dikerah ke lokasi. "Sebaik tiba didapati kebakaran berlaku di bahagian bilik rumah teres dan operasi mengawal serta memadamkan kebakaran segera dilakukan. "Anggota kemudian menemui mayat lelaki berusia 44 tahun dalam keadaan rentung," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.