Posts

Showing posts with the label MoU

SR Marine meterai MoU bina kapal saiz sederhana bersama Teroka Majubina

Image
SR Marine meterai MoU bina kapal saiz sederhana bersama Teroka Majubina https://pakdin.my/174947/ SR Marine Services Sdn. Bhd. hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan perkhidmatan marin lengkap kepada Teroka Majubina Sdn. Bhd., merangkumi peruntukan untuk pembinaan kapal saiz sederhana bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. MoU berkenaan merupakan sebahagian daripada skop perniagaan Teroka Majubina yang akan membangunkan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid yang bakal dibina di Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Pengerusi Teroka Majubina, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan pemeteraian kerjasama tersebut sebagai satu kemajuan penting dalam merealisasikan dan menjayakan objektif pembangunan Kompleks Kapal Hibrid di Pekan. “Sejak MoU pembinaan Kompleks Hibrid ditandatangani tiga bulan lalu, Teroka Majubina telah mencapai beberapa fasa kemajuan dan MoU hari ini membantu melengkapkan misi besar Teroka Majubina. “Kerjasama untuk membina kapal saiz sederhana untuk kegunaan

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya, pembenta

Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa?

Image
Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159193   Dalam MoU ada di tulis 2. Tempoh masa       2.1 . Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke - 14.     3.1 . Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen SEBELUM 31 haribulan Julai 2022 . Jadi jika parlimen dibubarkan pada 1 Ogos 2022 bermakna tarikh tamat MOU ialah 31 Julai lah kan.? Menteri Komunikasi tapi komunikasinya mengelirukan rakyat. Kah kah kah.

[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen

Image
[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157510 - Walaupun PM9 telah mendapat mandat Perhimpunan Agung UMNO untuk bubarkan Parlimen tetapi perkara paling sukar untuk bubar parlimen adalah PM ke-9 perlu beri alasan yang meyakinkan YDP Agong.  Tetapi sekarang PM ke-9 sudah mendapat 3 alasan kukuh yang disediakan PH untuk dipersembahkan kepada YDP Agong. 1. Kerajaan tidak stabil menyebabkan banyak orang undang-undang negara boleh terbatal dan seperti semalam undang-undang SOSMA untuk mencegah keganasan telah terbatal. 2. Keadaan majoriti tipis kerajaan tidak boleh mengharapkan MOU antara 3 komponen parti besar kerana mudah dikhianati. 3. Malaysia perlu kerajaan yang stabil untuk tamatkan krisis politik, krisis ekonomi dan kewangan. Terima kasih Teresa Kok dalam text di FB nya mengatakan mereka gembira dapat tewaskan kerajaan dan hapuskan SOSMA. Ini akan jadi bukti jelas kepada YDP Agong untuk bubar Parlimen. Ayuh Tere

MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang

Image
MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157486 - Hanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat manfaat daripada memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Pakatan Harapan dengan Putrajaya, kata seorang pemimpin Pejuang. Timbalan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini, seperti yang dipersetujui dalam MoU itu, hanyalah janji manis kerajaan. “Nampaknya MoU antara PH dan kerajaan persekutuan ini hanyalah sia-sia, di mana PH dengan mudah termakan janji manis kerajaan persekutuan. “Yang lebih penting, hanya Anwar selaku ketua pembangkang bertaraf menteri memperoleh untung daripada MoU ini, bukannya rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Selain mendapat status bertaraf menteri, Anwar turut menerima keistimewaan tertentu sebagai ketua pembangkang, susulan MoU yang dimeterai September