Posts

Showing posts with the label MP

MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar

Image
MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174059 Semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO membuat ketetapan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari lalu. “Mesyuarat memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya selepas Mesyuarat MKT UMNO di Bangunan Dato’ Onn, malam ini. Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula bulan hadapan selain menganjurkan Kolokium Khas berhubung Kongres Ekonomi B