Posts

Showing posts with the label Mahkamah Rayuan

[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda

Image
[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda BACA seterusnya di: pakdin.my/167424 KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG MELIBATKAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK Putrajaya, 12 September 2023 – Pihak kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Malaysia secara rasminya telah membatalkan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (Attorney General’s Chambers) (“AGC”) terhadap anakguam kami, iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (“Dato’ Sri Najib”), berkaitan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang dimulakan sejak tahun 2018. Bagi menyegarkan semula ingatan masyarakat Malaysia, rayuan yang dirujuk di atas merupakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2

[VIDEO] Kes basikal lajak: Mahkamah rayuan bebaskan kerani wanita daripada tuduhan memandu melulu

Image
[VIDEO] Kes basikal lajak: Mahkamah rayuan bebaskan kerani wanita daripada tuduhan memandu melulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my163349 Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan dan melepaskan kerani wanita, Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu yang mengorbankan lapan remaja penunggang basikal lajak pada 2017. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdulah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan rayuan Sam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan itu. Hadhariah berkata sabitan Sam kerana memandu secara melulu tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya ada kekurangan. Hakim itu berkata terdapat penggandaan kesalahan dalam pertuduhan itu iaitu melakukan pemanduan secara melulu dan memandu secara berbahaya. Beliau berkata Seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa pertuduhan mesti mempunyai satu k

[VIDEO] Ini bukan pengakhiran kes SRC- Shafee

Image
[VIDEO] Ini bukan pengakhiran kes SRC- Shafee BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/163106 Soalan wartawan: Apa tindakan seterusnya Tan Sri?  Tan Sri Shafee: Penghakiman menentang (minoriti) oleh Dato Rahman Sebli ini telah memberi banyak semangat kepada kami. Kami baru saja dapat berita dari PBB bahawa permohonan kami ke PBB sudah mula diproses dan sudah ada usaha mereka untuk meminta Peguam Negara kita menjawabnya.  Jadi kami akan hantar dokumen-dokumen lanjut termasuk penghakiman minoriti ini kepada mereka (PBB), supaya mereka boleh periksa. Kerana sekarang sudah ada dapatan penghakiman. Kami juga akan hantar penghakiman majoriti sekali…supaya PBB boleh menilai, penghakiman mana yang jauh lebih wajar. Mereka akan menilai dan akan berhubung dengan kami kembali. Itu yang pertama.  Keduanya adalah berkenaan kuasa pengampunan YDP Agong. Adalah amat kritikal untuk YDP Agong diberi peluang untuk membaca penghakiman minoriti ini yang mengutuk cara bagaimana kes ini dijalankan. Saya menggu

Kerajaan Menang Rayuan, The Herald Dilarang Guna Kalimah 'Allah'

Image
Kerajaan Menang Rayuan, The Herald Dilarang Guna Kalimah 'Allah' Berita lanjut disini: http://pakdin.my/38141 PUTRAJAYA:  Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya -  The Herald . Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali. Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. M ahkamah mendapati bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah. "Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya. Beliau berkata ia juga penghakiman