Posts

Showing posts with the label Abang Johari

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Image
GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158459    Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS Abang Johari Openg, hari ini, berkata GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu dan akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu. Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, berkata pendirian sama sudah disuarakan Abang Johari dan keputusan itu tidak berubah. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dilaporkan meminta Abang Johari, baru-baru ini, mempertimbang calon Bersatu diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sarawak. Dalam maklum balas, hari ini, Fazzrudin berkata, usaha menuntut semula dan mempertahankan hak Sarawak terjamin menerusi kemenangan GPS di kerusi Parlimen negeri ini. “Sekiranya Sarawak makmur, saya percaya negara juga akan makmur,” ka