Posts

Showing posts with the label PRU-15

Geng Broker baru keluar gua

Image
Geng Broker baru keluar gua BACA seterusnya di https://pakdin.my/161290/ Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar dari gua. Secara kebetulan, Nazri dan Tajuddin adalah antara tokoh dalam UMNO yang paling dibenci oleh orang ramai kerana keangkuhan dan kelakuan biadab mereka. Nampaknya geng broker geng dah mula mengarut lagi. ....... Vdeo berkaitan:

Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

Image
Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161015 Setiausaha politik kepada Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah membuat laporan polis berhubung ‘akujanji palsu’ menyokong Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular ketika ini. Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi petang tadi. Semalam, Shamsul berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Zahid termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu. Tangkap layar memaparkan dokumen itu menggunakan kepala surat Umno dan tertera namanya. Setiausaha Shamsul, Azizan Md Zain, memberitahu pemberita majikannya tidak pernah menandatangani akujanji sedemikian. Beliau percaya dokumen itu ditularkan untuk memfitnah Shamsul, Zahid, dan Barisan Nasional menjelang PRU15.
Image
[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161000 Pilihan raya umum ke-15 (PRU) ditetapkan pada 19 Nov, dengan tarikh pengundian awal pada 15 Nov. Pada sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon. Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi membuka laluan untuk PRU15 diadakan. PRU15 akan melibatkan pengundian bagi kerusi Parlimen di seluruh negara, dan bagi kerusi DUN di negeri-negeri yang membubarkan DUN, iaitu Perak, Pahang dan Perlis. Turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang kerusinya kosong setelah wakilnya, Manis Muka Mohd Darah daripada Warisan, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 17 Nov 2020. https://youtu.be/wOk4tBzMdG8 Tempoh berkempen bagi PRU15 ditetapkan selama 14 hari, bermula pada hari penamaan calon. Menurut Abdul Ghani, seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi pada PRU kali ini, berdasarkan daf...

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor

Image
#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160981/ MIC akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun terdapat desas-desus mengatakan kerusi itu perlu diserahkan kepada calon UMNO. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya terdapat permintaan berhubung pengagihan kerusi sesama parti di bawah Barisan Nasional (BN), perkara itu akan dibincangkan di peringkat akar umbi terlebih dahulu bagi mengambil pendekatan bersesuaian untuk memenangi kerusi berkenaan. “Situasi sama pernah wujud sebelum ini dari segi permintaan untuk ‘bertukar’ kerusi, (namun) pucuk kepimpinan BN terdiri daripada empat parti penting akan bincang di peringkat BN,” katanya kepada Bernama hari ini. Terdapat ura-ura bahawa UMNO Bahagian Hulu Selangor mahu mempertaruhkan calon UMNO bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15, bagi membuktikan kemampuan parti itu untuk merampas kerusi berkenaan darip...

PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH?

Image
PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH? BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160971/ Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara,Tommy Thomas. Desakan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menjelaskan, RCI itu penting bagi menyelesaikan isu yang mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah. Malah jelasnya lagi, hanya dengan RCI itu juga membolehkan mereka yang terlibat membersihkan nama dengan panggilan pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH). “Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, marilah kita bersikap budiman (let us be gentleman), kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau. “Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangka...

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan

Image
Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160966 Pelabur tempatan dan pelabur asing kurang melabur sebab bimbang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan asyik bertukar-tukar. Ini menyebabkan ekonomi negara lembab dan negara semakin ditinggalkan negara-negara lain sejak 4 1/2 tahun lalu. Ianya masalah yang turut dihadapi negeri Johor dan juga mesej yang disampaikan Najib bagi kempen PRN Johor. Negeri Johor dipimpin oleh empat Menteri Besar berasingan dari tahun 2018 hingga 2020. Kerajaan negeri yang mempunyai majoriti yang amat tipis telah menyebabkan pelaburan ke dalam Johor jatuh mendadak. Sebelum PRU14, Johor biasanya menduduki tempat pertama bagi jumlah pelaburan diterima antara semua negeri. Pada tahun 2018, Johor masih pada tempat pertama tetapi jatuh ke tempat ke-empat pada tahun 2019 dan tempat ke-lima bagi tahun 2020 dan 2021. Sebab itu, Najib minta pengundi Johor untuk mengembal...

Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam

Image
Pakatan Harapan bukan risaukan banjir, mereka sebenarnya menggigil takut karam BACA seterusnya di https://pakdin.my/160962 Bukankah mereka sendiri yang telah khianati mandat diberikan rakyat PRU14 lalu? KRONOLOGI RINGKASNYA BEGINI... Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8! Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi? Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang! Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis apabila diminta komen mengenainya, "Dah pinjam (berhutang) tu bayar la..." Jangan kita lupa, Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut dan paling lahanat apabila ...

[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022

Image
[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160951 https://youtu.be/-CM6wWLle-U Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022. Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing. Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos. Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta ...

Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Image
Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160947/ Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti. “Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber. Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19. Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15. Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan...

Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad

Image
Anak bulan di Putrajaya, ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160943/ Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan esok. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. ‘Raya’ atau ‘pilihan raya’,” katanya ringkas di Facebook. Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin kuat selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok. Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen. Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu tetapi memberitahu, ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok. Terdahulu, New Straits Tim...

Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber

Image
Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160931/ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari tadi. Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana. Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi tadi. Diifahamkan, Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berhubung pembubaran Parlimen. "Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber. Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober. Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Image
[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160897/ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya. “Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir. “Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. https://youtu.be/KpzZd21A4lg

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Image
[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160892/ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur. Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU). “Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas. Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno. https://youtu.be/jMRw6XqCxWA "Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur. Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu se...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160887 “Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas Ahmad Zahid, PAS juga sedia maklum dengan syarat Umno itu dan telah menetapkan tarikh akhir untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan lebih lanjut bila tempoh masa tersebut. "Keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) ialah mengabsahkan jika PAS mahu bersama-sama dengan kita (Umno) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah kita tentukan. "(Oleh itu PAS perlu putuskannya) secepat yang mungkin dan mereka tahu tarikh akhir yang diberikan kepada mereka," katanya. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan khas pemimpin bahagian dengannya dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini. Um...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Image
[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160882/ Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang media, Zahid berkata beliau amat menghargai keputusan dibuat GRS selepas rundingan antara BN dan gabungan itu. Kerajaan Sabah adalah gabungan antara ADUN daripada GRS dan BN. GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor terdiri daripada Bersatu, PBS, SAPP, STAR, dan Usno. Dalam pada itu, Zahid turut memaklumkan BN menerima permohonan daripada parti-parti untuk menyertai gabungan itu. Beliau berkata, permohonan yang dikemukakan akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN. https://youtu.be/uRVPj7Zh3X8 “Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan dan tujuh lagi parti baru yang mahu menyertai BN sebagai ‘friends of BN’ atau parti teras,” katanya. Enam parti dilaporkan ingin menyertai gabungan itu termasuk ...

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

Image
[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160855/ MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020. Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya. Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk un...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Image
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160808/ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi. Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN. Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri. Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO. Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi. Juga dengan sasaran BN akan berada d...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Image
[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU BACA seterusnya https://pakdin.my/160748/ Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno. Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera. “Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail. Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini. “Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seper...

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb...

9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

Image
9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160539/ Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada pada tahap tertinggi, kata pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan. Katanya, sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kesemua negeri itu merupakan negeri dikunjunginya bagi sesi libat urus dengan gabungan terbabit. “Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, kita dapati Johor khususnya tahap kesiapsiagaan sudah tinggi, boleh jadi kerana baru lepas pilihan raya negeri (PRN). Semangat masih tinggi kerana berjaya dengan cemerlang, semangat dan jawatankuasa di pusat daerah mengundi (PDM) juga masih ada. “Jika hendak diberitahu tahap kesiapsiagaan, Johor berada pada tahap lapan daripada 10,” lapor Utusan Malaysia. Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata secara kesel...