Posts

Showing posts with the label Ramadan

[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI

Image
[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163317 Orang awam dinasihat usah masuk campur urusan penetapan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023 kerana ia perlu ditentukan berdasarkan cerapan anak bulan. Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, bulan Syawal hanya boleh ditetapkan apabila nampak anak bulan dan bukannya berdasarkan tarikh dalam kalendar yang dibuat awal. Ujar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, ramai pengguna media sosial yang jahil agama menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengumumkan tarikh raya lebih awal. “Ramai netizen marah sebab kerajaan termasuk Jakim tidak mahu tetapkan lagi tarikh raya kerana kalau mengejut susah. https://www.instagram.com/reel/CqxS6kZJkDo/?utm_source=ig_web_copy_link “Raya mengejut terjadi kalau nampak anak bulan. Kalau tidak nampak, tidak adalah raya mengejut. Empat mazhab; Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki semua menggariskan per

[Video] Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad 3 April

Image
[Video] Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad 3 April Sumber:  https://pakdin.my/158045   ..... Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini. Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara. Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara me