[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165448 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak ada sebarang langkah menawarkan PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan. Timbalan Perdana Menteri berkata, jika ada yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan, pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menganggapnya sebagai perjumpaan rasmi. "Perkara berkenaan tidak pernah diperbincangkan secara rasmi dalam kalangan 9 pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak juga pernah dibincangkan dikalangan pengerusi gabungan parti. "Jika ada pun yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan itu kami tidak pernah menganggap sebagai satu perjumpaan rasmi dan tidak ada satu move (langkah) dibuat ke arah itu," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini hari ini. Ahmad Zahid yang juga Presiden...