Posts

Showing posts with the label Kuarantin

Pandemik COVID-19 kembali? Fakta penting dan mengapa tidak perlu panik

Image
Sehingga Mei 2025, COVID-19 kekal sebagai isu kesihatan awam yang berterusan tetapi terkawal. Walaupun kes global tidak melonjak, peningkatan setempat dan varian baharu menunjukkan keperluan untuk kewaspadaan tanpa panik. Berikut analisis situasi semasa dan saranan pakar: 1.    Trend Penularan Semasa Perbezaan Wilayah : Sehingga pertengahan Mei 2025, jangkitan COVID-19 meningkat di 2 negeri AS (contohnya Nevada dan Hawaii), menurun di 30 negeri, dan stabil di 14 negeri. Data air sisa menunjukkan aktiviti virus di peringkat kebangsaan berada pada tahap "rendah", dengan penurunan kecil di kebanyakan wilayah, walaupun negeri Pantai Barat menunjukkan tanda awal kemungkinan lonjakan musim panas. Penularan "Senyap" : Pakar memberi amaran tentang penularan yang kurang dilaporkan akibat pengurangan ujian dan gejala ringan. Contohnya, pemantauan air sisa pada Disember 2024 mendedahkan lonjakan "senyap" di 28 negeri, didorong oleh varian mudah berjangkit seperti XEC...

Positif untuk Covid-19, 2025? Tiada kuarantin, tiada daftar masuk — Ini yang perlu dilakukan

Image
Apa itu Covid-19? Covid-19 ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Ia merebak melalui titisan pernafasan (droplet) apabila seseorang batuk, bersin, atau bercakap, serta melalui sentuhan pada permukaan yang tercemar. Gejala biasa termasuk demam, batuk, sesak nafas, keletihan, dan kehilangan deria rasa atau bau, walaupun sesetengah individu mungkin tidak bergejala (asimptomatik). Status Terkini di Malaysia (Mei 2025) Status Endemik : Pada 1 Mei 2025, kerajaan Malaysia membatalkan pengisytiharan semua negeri dan wilayah persekutuan sebagai kawasan jangkitan tempatan, menandakan peralihan daripada langkah kecemasan pandemik kepada pengurusan endemik. Statistik Kes : Data Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes aktif daripada 8,488 (30 April) kepada 8,609 (3 Mei 2025). Sebagai perbandingan, pada 12–18 Mei 2024, Malaysia mencatatkan 1,230 kes. Sebab Peningkatan : Pakar mengaitkan peningkatan kes dengan kelemahan imuniti, peningkatan perjalanan, dan p...

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM

Image
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dan pesakit tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan. KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan justeru, orang ramai diminta supaya memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan semasa aktiviti pengesanan kes dijalankan. “Aktiviti pengesanan kes dan kontak serta langkah pencegahan dan kawalan jangkitan masih diteruskan. Mana-mana individu yang mempunyai gejala seperti penyakit kusta perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini. Menurut KKM, setakat 19 Feb, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan telah menjalankan saringan ke atas 368 daripada 460 penduduk sebagai langkah mempergiat pengesanan kes kusta di Kampung Chergun dan Kampung Guntur, Kuala Pilah. Langkah terbabit adalah sebahagian daripada usaha mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan sejak Julai 2024 dan sehingga kini sembilan kes disahkan kusta de...

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin

Image
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Jabatan Kesihatan negeri mengesan penularan jangkitan itu pada 2 Jan, melibatkan lima penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan bakinya dari KOA Guntur. Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Pejabat Kesihatan Daerah melaksanakan kuarantin di kampung berkenaan, termasuk menutup pusat reakreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan jangkitan. Sementara itu Exco Kanan kerajaan Negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika ditemui berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan saringan terhadap kira-kira 65 peratus penduduk dua kampung berkenaan pada 22 Jan. Beliau berkata bekalan makanan dan keperluan penduduk di dua kampung itu akan ...

Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan

Image
Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan Maklumat lanjut di:  https://pakdin.my/156936 - HULU TERENGGANU - Seorang pesakit Covid-19 yang melarikan sebuah motosikal kakitangan hospital maut dalam kemalangan selepas kenderaan ditunggang terbabas di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden berlaku jam 8 pagi menyebabkan lelaki berusia 66 tahun itu maut di lokasi kejadian. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pesakit Covid-19 yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu bermula 10 Mac lalu. "Mangsa telah melarikan sebuah motosikal jenis Honda C100 milik kakitangan hospital yang diparkir di kawasan surau hospital kira-kira jam 6.30 pagi menghala ke arah Wakaf Tapai, Marang. "Apabila sampai di persimpangan Bukit Perpat, mangsa telah menunggang motosikal secara melawan arus menghala ke sebuah kilang sebelum tiba-tiba...

Sempadan Thai-Malaysia dijangka dibuka bulan depan

Image
Sempadan Thai-Malaysia dijangka dibuka bulan depan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154763 ] Kerajaan Thailand bercadang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang ekonomi dan sektor pelancongan. Ini membabitkan pos pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun. Menurut jurucakap kerajaan, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dan pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan supaya menggariskan langkah-langkah mitigasi wabak bagi pembukaan pos-pos pemeriksaan terbabit. Dengan keputusan tersebut, pengembara dari Malaysia akan dibenarkan masuk ke negara itu tanpa memerlukan kuarantin, namun perlu menjalani dua ujian RT-PCR dengan keputusan negatif susulan ketibaan. “Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal menjadi destinasi pelancongan terulung dunia walaupun dengan wabak,” kata jurucakap tersebut dipetik oleh The Bangkok Post. Ketua Pengarah Zon Kesihatan Awam 12 Dr Suthep Phetmak berkat...

Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini

Image
Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini [Sumber: https://pakdin.my/?p=154573] LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan bakal memansuhkan semua sekatan berkaitan Covid-19 pada hujung bulan ini, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin. Pemansuhan ini turut melibatkan kewajipan kuarantin kendiri sekiranya seseorang individu diuji positif Covid-19. Johnson kini sedang menekan Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford dan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon untuk menarik semula saki baki sekatan Covid-19 bagi memastikan seluruh Britain meraikan kebebasan bersama. Peraturan kuarantin kendiri sepatutnya tamat pada 24 Mac akan datang namun Johnson berhasrat mengawalkan tarikh ‘kemerdekaan’ sejajar dengan penurunan kes yang memberangsangkan. “Saya akan membentangkan rancangan hidup bersama Covid-19 dalam sesi parlimen sejurus semua anggota kembali bertugas pada 21 Februari ini. “Diharapkan selepas pembentangan itu, peraturan kuarantin kendiri dapat ditamatkan dalam temp...

Layanan buruk kepada jemaah Umrah jalani kuarantin tidak sepatutnya berlaku

Image
  Layanan buruk kepada jemaah Umrah jalani kuarantin tidak sepatutnya berlaku [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153525 ] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau dengan pendedahan laporan media mengenai beberapa jemaah umrah yang dilayan tidak sewajarnya ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara. Katanya, situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku apatah lagi mereka ini adalah warga emas yang sudah tentu memerlukan pemantauan yang sewajarnya. “Kisah layanan buruk dialami seorang jemaah umrah positif COVID-19 berusia 68 tahun semasa menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara suatu perkara yang amat serius. Jemaah umrah itu mendakwa dia perlu membayar kos bilik hotel sebanyak RM500 sehari dan tidak menerima sebarang rawatan sepanjang menjalani kuarantin di hotel berkenaan. “Mereka juga tidak dibekalkan dengan sebarang ubat-ubatan walaupun menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia seterusnya mendakwa tidak dapat m...