Posts

Showing posts with the label Petrol

[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas

Image
[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158375      SETIU: Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat. Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat. Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut. "Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini. "Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna. "Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan