Posts

Showing posts with the label Takzir

Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara

Image
Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara https://pakdin.my/174810/ BANDA ACEH –  Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang gadis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran online, lapor portal berita Prohaba.co hari ini. Majlis Kehakiman menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga- tiga gadis tersebut yang masing-masing berumur  22, 23 dan 24 tahun didapati bersalah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun semalam berdasarkan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh. Mereka ditangkap pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan).  Mereka ditangkap di sebuah hotel di kawasan Ulee Kareng oleh anggota-anggota polis Banda Aceh yang melakukan penyamaran. Hakim memerintahkan supaya ketiga-tiga gadis berkenaan tetap ditahan sehingga mereka habis menjalani hukuman penjara.