Posts

Showing posts with the label Tok Mat Hasan

[VIDEO] Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad

Image
[VIDEO] Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163228 Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear Perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System) , kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik Sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. “...Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan ...

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Image
[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976 KUALA LUMPUR -- Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans bagi memperkasakan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan anggota tentera. Aset-aset yang akan ditempatkan di kem-kem ATM dan hospital-hospital ATM di seluruh negara antaranya Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kem Terendak di Melaka dan Gemas di Negeri Sembilan itu diterima oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. “Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. Saya berharap agar ambulans-ambulans ATM berkenaan dapat digunakan oleh pihak luar yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM di Pad...

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb...

9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

Image
9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160539/ Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada pada tahap tertinggi, kata pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan. Katanya, sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kesemua negeri itu merupakan negeri dikunjunginya bagi sesi libat urus dengan gabungan terbabit. “Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, kita dapati Johor khususnya tahap kesiapsiagaan sudah tinggi, boleh jadi kerana baru lepas pilihan raya negeri (PRN). Semangat masih tinggi kerana berjaya dengan cemerlang, semangat dan jawatankuasa di pusat daerah mengundi (PDM) juga masih ada. “Jika hendak diberitahu tahap kesiapsiagaan, Johor berada pada tahap lapan daripada 10,” lapor Utusan Malaysia. Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata secara kesel...
Image
Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159645 Setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. Enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar. Kedudukan pembahagian kerusi antara parti dalam BN masih kekal dengan status quo. Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. "Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. "Dalam u...

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya,...

[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad

Image
[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad SUMBER:   https://pakdin.my/158197 ... SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'. "Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega. "Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana ...

#PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat

Image
  #PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154363 ] Setiap jentera perlu berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN serta mengenepikan segala sikap penting diri termasuk unsur khianat dan sabotaj kepada parti, pesan Pengarah Pilihan Raya bagi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kepada jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi. “Jangan mengkhianati sesiapa, jangan cakap kita khianat kita pujuk. Di Melaka kita pujuk, berunding tetapi pinangan kita ditolak ke tingkap kerana menyatakan BN tidak boleh menang. Dengan senang hati BN mentadbir Melaka tanpa ada gangguan mana-mana pihak. “Kita menang pilihan raya kerana kita bersama, kita menang pilihan raya kerana bersungguh-sungguh untuk menang, jangan berselisih faham kerana banyak kerusi yang kalah pada PRU (Pilihan Raya Umum) ke 14 kerana berselisih faham dan mensabotaj sesama sendiri,” kata Timbalan Pengerusi BN itu. Beliau berkata dem...

#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan

Image
#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154192 ] Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berasaskan keadaan politik di negeri itu dan bukan atas faktor kepentingan politik. Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali. "Keadaan politik di Johor nampak tenang di bahagian atasnya, dalamnya menggelegak. Pernah satu hari Sidang DUN Johor, tidak ada keputusan kalau Speaker tidak guna casting vote, tak dapat luluskan satu bil. "Majoriti kerajaan Johor lebih satu kerusi sahaja, jadi hari itu ada seorang ADUN kerajaan kena kuarantin jadi tak dapatlah luluskan bil tanpa casting vote Speaker. "Apa yang kita nampak, bagaimana nak urus negeri dalam ke...

#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN

Image
#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN [Sumber: https://pakdin.my/?p=154003 ] Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah pilihan raya negeri (PRN) Johor parti itu. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pelantikan itu dibuat hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang semalam. Sementara itu, Menteri Besar Johor, Hasni Muhammad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Ketua Penyelaras. “Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan. BERITA LANJUT MENYUSUL