Posts

Showing posts with the label Hakim

Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan

Image
Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan https://pakdin.my/174770/ SHAH ALAM – Seorang bekas hakim yang sebelum ini dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 atas kesalahan rasuah enam tahun lalu, bernasib baik apabila hukumannya itu dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Julai 2022, membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 50, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober tahun yang sama. Bagaimanapun dalam rayuan itu, perayu hanya berjaya mengurangkan hukuman namun gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan tersebut. Menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan Hakim, Hasbullah Adam pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan Mahkamah Sesyen berhubung sabitan salah (no sufficient ground for interfering) tersebut menurut seksyen 3

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Image
Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah Penyiasat SPRM beri keterangan wang RM140 juta yang dipindahkan ke dalam akaun SRC pada 12/12/2014 adalah dari pinjaman dari Maybank melalui Putra Perdana Development Sdn Bhd. Bukan dari KWAP.  Pegawai Penyiasat juga menyebut wang Maybank dipindahkan atas arahan Jho Low. Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tahu mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. VIDEO berkaitan: Laporan SPRM yang diberi kepada Memon telah terdedah! 1. Hakim Nazlan telah melakukan kesalahan sorok maklumat dan langgar kod etika hakim di bawah Perlembagaan Persekutuan 2. Dana RM42 juta tidak boleh dipastikan berasal dari SRC sebab dana RM170 juta telah dibayar oleh Putrajaya Perdana dan anak syarikatnya Permai Binaraya kepada SRC ketika itu. 3. Dana RM170 juta ini berasal dari pinjaman Maybank yang diluluskan ketika Nazlan merupakan Chief General Counsel Maybank 4. SPRM suruh Tengku Maimun ambil tindakan melanggar kod etika ber

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC - Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Image
Siasatan SPRM ke atas hakim SRC - Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161023/ Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka masih berkhidmat. Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada disiasat. Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuh kesalahan rasuah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020. Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung isu perlembagaan yang dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Mahkamah tertinggi negara yang dianggotai tujuh hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Ma

Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong

Image
Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong BACA seterusnya di https://pakdin.my/160673/ Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak. Seri Paduka Baginda bertitah prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di sini hari ini 5 September 2022. Menurut

Adakah mereka Majlis Peguam atau bantuan guaman untuk Pakatan Harapan?

Image
Adakah anda Majlis Peguam atau adakah anda biro bantuan guaman untuk Pakatan Harapan?    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158368       Adakah anda mahu "perarakan demi keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih" apabila: - hakim baru yang mempunyai tiada pengalaman mahkamah jenayah telah dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah jenayah untuk mengambil alih hakim sedia ada selepas perbicaraan mahkamah mengenai kes berprofil tertinggi di Malaysia (kes Najib) telah bermula? Sesuatu yang tidak akan berlaku di mana-mana negara lain di dunia. Adakah anda berarak ketika itu? - apabila minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sebenar menunjukkan bahawa Maybank telah berurusan dengan 1MDB dan terlibat dalam mencadangkan dan menubuhkan SRC dimana hakim ini adalah Ketua Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat mereka tetapi dia tidak mengisytiharkan konflik kepentingan dan penglibatannya ketika itu dan menarik diri sebagai hakim untuk kes SRC? Adakah anda berarak ketika itu? -

Tommy Thomas dedah beliau dan Mahathir berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara - Najib

Image
Hari ini, ada bekas hakim yang keluarkan kenyataan bahawa ianya salah bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim negara. Bahawa pelantikan hakim-hakim perlu hanya di bawah kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa campur tangan pihak lain termasuk PM. Saya setuju dengan kenyataan bekas hakim ini. Baca seterusnya di: https://pakdin.my/?p=146952