Posts

Showing posts with the label Indonesia

Tentera laut Indonesia usir bot bawa Rohingya

Image
Tentera laut Indonesia usir bot bawa Rohingya  https://pakdin.my/174703 JAKARTA: Sebuah kapal tentera laut Indonesia telah bertindak mengusir bot yang membawa etnik Rohingya dari Myanmar, menurut jurucakap tenteranya. Tindakan dilakukan di perairan Aceh terhadap pelarian dari negara konflik itu dibuat ketika semakin banyak permusuhan tercetus membabitkan kumpulan itu dengan penduduk tempatan. Jurucakap tentera, Nugraha Gumilar berkata, bot kayu itu ditemui di perairan berhampiran Pulau Weh, di luar Sumatera. "Kapal tentera Indonesia mengiringi bot dipercayai membawa Rohingya itu sehingga mereka berada di luar perairan Indonesia dan tidak akan kembali. "Tidak begitu jelas berapa ramai Rohingya berada di atas bot terbabit," katanya. Lebih 1,500 Rohingya sudah mendarat di Indonesia sejak November, menurut data dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR). Namun, kehadirannya mencetuskan permusuhan dan penolakan yang semakin meningkat dari kalangan penduduk

Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia

Image
Jerebu Malaysia bukan ‘kiriman’ Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168545/ JAKARTA – Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan(KLHK), menafikan tuduhan bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bergerak ke Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, aduan Malaysia tentang jerebu Indonesia adalah tidak tepat. “Kami memantau situasi dan tiada jerebu rentas sempadan sampai ke Malaysia” katanya. Berkenaan imej jerebu merentasi sempadan, kementerian berkenaan menerima laporan tebaran jerebu daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik(BMKG) dan Pusat Khas Meteorologi ASEAN (ASMC) dari 28 September hingga 30 September setakat tengah hari kelmarin. Menurut Siti Nurbaya, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia merentasi ruang udara ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian ASMC, selama beberapa hari, jerebu yang berlaku adalah sederhana hingga tebal di sebilangan kawasan

Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun

Image
Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168127 - JAKARTA, INDONESIA -- Defendan kes makan daging babi sambil membaca bismillah, Lina Mukherjee, dijatuhi hukuman penjara 2 tahun oleh panel hakim di Mahkamah Daerah Kelas I Palembang, Sumatera Selatan. Selain itu, defendan yang nama sebenarnya Lina Lutfiawati turut didenda IDR 250 juta atau penjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denfa tersebut. “Membicarakan dan menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada defendan Lina Lutfiawati alias Lina Mukherjee dan denda Rp 250 juta atau 3 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” kata hakim membacakan keputusan itu. Panel Hakim Mahkamah Daerah Kelas I Palembang yang dipengerusikan Romi Sinatra menilai Lina Mukherjee secara sah dan terbukti dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan maklumat bertujuan menimbulkan perasaan benci kepada individu dan kelompok masyarakat tertentu berdasarkan agama. Keputusan yang diberikan oleh P

Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah

Image
Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah Baca seterusnya di: pakdin.my/167462 JAKARTA – Polis Indonesia menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk menghasilkan filem lucah dan menangkap lima orang  termasuk seorang penerbit di Jakarta Selatan, lapor portal berita Prohaba semalam. Ketua Polis Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak berkata, lima orang yang ditangkap termasuk pengarah dan pelakon filem  tersebut yang berdurasi antara satu jam hingga sejam 30 minit. Pemilik rumah tersebut turut diberkas. Polis berkata, terdapat 11 pelakon wanita dan lima pelakon lelaki yang masih diburu. “Pelakon filem panas itu menerima bayaran antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem,” kata Ade. Menurutnya, 120 judul filem lucah kumpulan tersebut telah dimuat naik ke beberapa laman web yang rata-rata mengenakan bayaran 50,000 rupiah (RM15.23) untuk langganan  satu hari, 150,000 rupiah (RM45.69) untuk seminggu, 250,000  rupiah (RM76.16) untuk sebulan dan setahun

Penduduk gempar jumpa bungkusan kain seperti pocong, ada foto wanita

Image
Penduduk gempar jumpa bungkusan kain seperti pocong, ada foto wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166973 PENDUDUK digemparkan dengan penemuan bungkusan kain yang mirip seperti pocong. Bungkusannya berwarna putih seperti pocong tetapi saiznya lebih kecil. Sebaik dibuka, penduduk terkejut menemui sehelai baju dan gambar seorang wanita. Penemuan aneh itu dirakamkan menerusi satu video di akaun TikTok pada Isnin. Keterangan video memaklumkan objek itu ditemui di Empangan Klambu, Grobogan di Jawa Tengah, Indonesia Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa lelaki yang merupakan penduduk setempat menemui objek berkenaan di tepi empangan. Penemuan itu menunjukkan sekeping foto wanita yang memakai tudung dan berbaju merah. Wajahnya yang cantik itu bergambar sambil tersenyum. Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita di dalam foto tersebut diberi perlindungan. Sebagai peringatan, perbuatan seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pohak p

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat

Image
Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166506 Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia hari ini. Pada aksi pusingan ketiga bagi kategori individu di Dewan Sukan Among Rogo, pilihan ke-15 kejohanan itu mengambil masa 56 minit sebelum berhasil menafikan kebangkitan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool 21-19, 19-21, 21-16. Ia sekali gus menebus kekecewaan pemain berusia 18 tahun itu selepas tunduk kepada lawan yang sama di pentas suku akhir kejohanan bagi kategori berpasukan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, tugas getir menanti Yi Xing dalam pusingan 16 terbaik apabila berdepan pilihan utama kejohanan Tomoka Miyazaki dari Jepun yang mara selepas menewaskan wakil tuan rumah Chiara Marvella Handoyo 21-5, 21-16. Mengiringi Yi Xing di pusingan keempat kejohanan, pemain perseorangan lelaki

[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru

Image
[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru JAKARTA – Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik. Orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka. Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa. Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang. Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir. https://youtu.be/uflE6uzGEL8 Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo  dan Kampung Sumberwuluh. Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kemat

Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam

Image
Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam BACA seterusnya: https://pakdin.my/166092 Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum iaitu 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan. Dengan kejayaan itu, sekali gus menandakan HSR berkenaan berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu. Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) bersama-sama dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam. Ujian itu bagi memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran untuk memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi. VIDEO berkaitan: Projek landasan sejauh 142.3 km  yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik

[VIDEO] Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung

Image
Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165940 JAKARTA  – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Okezone semalam. Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto. Dalam video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang  yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya. Namun, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat. Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera. Reaksi kumpulan pendaki ters

[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera

Image
[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163665 MENTAWAI: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda barat Pulau Sumatera, awal pagi tadi. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, kejadian gempa itu mencetuskan amaran tsunami. Bagaimanapun, amaran tsunami yang menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai, sudah ditarik balik selepas kira-kira dua jam. Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.9 magnitud. Berdasarkan data BMKG, gempa itu melanda sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 84 kilometer (km). Malah, beberapa gegaran susulan turut dikesan selepas kejadian itu termasuk satu gempa mencatatkan 5 magnitud. Sementara itu, jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, pihak berkuasa kini sedang mengumpulkan data dari pulau-pulau berhampiran p

[VIDEO] Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

Image
Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163620 Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia menangkap isterinya sedang berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. Lebih menyedihkan adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi  menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bernama Chotib berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan). “Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib. Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja. “Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib. “Ya,” jawab isterinya

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Image
[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera Siling menara Masjid Tifatul Jamaah yang terletak di Jalan Barukang 2, Kecamatan Ujung Tanah, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad (26/3/2023) petang, runtuh, mengakibatkan 14 jemaah solat Tarawikh cedera. Lima daripada mereka parah. Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih. Menurut saksi, kejadian itu di luar jangkaan kerana tiada tanda siling dibahagian kubah akan runtuh. Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. Daripada 5 orang itu, 4 daripadanya dikejarkan ke Hospital Tentera Laut dan seorang lagi yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke Hospital Akademik Makassar. Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesih

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Image
[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896 PADANG - Bencana alam yang terjadi di beberapa wilayah Provinsi Sumatera Barat sejak Jumaat (24/3) hingga Sabtu menyebabkan seorang maut dan kawasan pemukiman digenangi air. Pemangku Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Sumatera Barat Arry Yuswandi di Kota Padang, Sabtu, memaklumkan kejadian tanah runtuh di Jorong Ganang kp. Baruah, Nagari Sungai Landia, Kecamatan IV Koto, Kabupaten Agam, pagi Sabtu. Menurutnya, tanah runtuh melanda tandas di Masjid Nurul Ikhlas di Jorong Ganang kp. Baruah, menyebabkan seorang daripada dua orang yang berada di dalamnya meninggal dunia dan seorang lagi terpaksa menjalani rawatan. Selain itu, banjir melanda beberapa kampung di Kabupaten Pesisir Selatan, menenggelamkan kawasan pemukiman dan lebuh raya Sumatera Barat-Bengkulu. Menurut laporan yang diserahkan kepada BPBD, sebanyak 140 rumah penduduk diteng

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Image
[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861 LUBUKBASUNG - Dua jemaah subuh di Masjid Nurul Ikhlas Kampuang Baruah, Jorong Lilinang, Nagari Sungai Landia, Daerah Ampekkoto meninggal dunia dalam kejadian tanah longsor ketika berada di dalam tandas masjid tersebut, Sabtu (25/3) sekitar pukul 06:15 WIB. “Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal,” kata Ketua Eksekutif BPBD Agam Bambang Warsito di Lubukbasung. Beliau berkata, mangsa kritikal dikenali sebagai Darliana (70) dan mangsa telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Ampekkoto pada 06:45 WIB. Setibanya di Puskesmas, mangsa menghembuskan nafas terakhir dan mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan kaumnya. Manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Yanti (45) dan ditemui Pasukan Bersama serta penduduk setempat sekitar jam 07:40 WIB. Beliau berkata, tanah runtuh melanda tandas

[VIDEO] Gempa M 6.3 melanda Gorontalo, terasa hingga ke Luwuk dan Palu

Image
[VIDEO] Gempa M 6.3 melanda Gorontalo, terasa hingga ke Luwuk dan Palu Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah Gorontalo pada 07.34 WIB, Rabu. BMKG di Jakarta, Rabu mencatatkan gempa itu berpusat di 0.07 Lintang Selatan, 123.28 Bujur Timur atau 69 km tenggara Bonebolango, Gorontalo dengan kedalaman 138 km. Sementara itu, sebilangan penduduk Kota Gorontalo berkata mereka panik dan pening akibat gempa bumi bermagnitud 6.3 yang menggegarkan kawasan itu selama beberapa minit. Gempa bumi bermagnitud 6.3 mengguncang Gorontalo pada Rabu (18/1/2023) pukul 08.34 WITA, dengan kedalaman 138 kilometer. BMKG menyatakan gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami dan lokasinya di Minahasa, Sulawesi Utara. Lokasinya kira-kira 69 kilometer tenggara daerah Bone Bolango atau 72 kilometer tenggara bandar Gorontalo, wilayah Gorontalo. Berdasarkan data BMKG Gorontalo, pusat gempa adalah 0.07 lintang selatan dan 123.28 bujur timur. Gem

[VIDEO] Gabenor Papua ditahan kerana dakwaan rasuah

Image
[VIDEO] Gabenor Papua ditahan kerana dakwaan rasuah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161716 Agensi antirasuah Indonesia menahan gabenor Papua, Lukas Enembe, hari ini selepas beliau menerima rasuah sebagai balasan untuk kontrak infrastruktur, kata pegawainya. Minggu lalu Enembe dituduh oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) mengambil 1 bilion rupiah (RM281,646) daripada sebuah firma pembinaan untuk konsesi termasuk jalan dan kemudahan di sebuah prasekolah. Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan berkenaan. Enembe adalah seorang ahli politik tempatan terkemuka yang bertelagah dengan kerajaan pusat mengenai dasar-dasarnya di wilayah autonomi khas. Menurut jurucakap KPK, Ali Fikri, kepada Metro TV, beliau diterbangkan ke ibu kota Jakarta untuk disoal siasat. https://twitter.com/KamaluddinIdrus/status/1613122359183183877?s=20&t=PrXZrfbmxn5gfAVuKnrLAg Peguam Enembe mengesahkan penahanan itu dan memberitahu Reuters, anak guamnya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Ketegangan memu

[VIDEO] Gempa bumi kuat gegar Indonesia, Timor Leste

Image
[VIDEO] Gempa bumi kuat gegar Indonesia, Timor Leste BACA seterusnya di https://pakdin.my/161693 JAKARTA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda laut dalam Indonesia dan Timor Leste awal hari ini. Seorang mangsa cedera selepas gempa bumi itu menggegarkan pulau-pulau berhampiran, merosakkan kediaman dan memaksa penduduk melarikan diri dalam keadaan panik. Pusat gempa itu terletak sejauh 427 kilometer (km) di selatan pulau Ambon pada kedalaman 95 km, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia berkata, gegaran itu dirasai di kepulauan Timor Leste, Maluku dan Papua. Ia turut melaporkan beberapa gegaran susulan berkekuatan 5.5 pada skala Richter. “Saya berada di atas katil, kemudian saya berasa sedikit gegaran. Saya bangun dan mendapati ramai rakan turut merasakannya,” kata seorang penduduk bernama Hamdi yang menetap di Ambon. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, sekurang-kurangnya 15

[VIDEO] Gunung berapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus

Image
[VIDEO] Gunung berapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus BACA seterusnya di https://pakdin.my/161659 Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarmas) pada Ahad memindahkan 164 pendaki dari kawasan Gunung Marapi yang meletus di bandar Padang, ibu kota wilayah Sumatera Barat. Ketua bandar Padang Abdul Malik berkata mereka mendaki Marapi dan gunung berapi itu mula memuntahkan abu pada 7 Jan, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Beliau berkata pendaki itu ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh Basarnas dengan koordinasi bersama pasukan berkaitan dan penduduk tempatan. Terdahulu, Marapi mula memuntahkan abu kira-kira 6.11 pagi 7 Jan. Sehingga petang 8 Jan, sejumlah 22 letusan direkodkan dan bahaya di kawasan gunung berapi ini dinaikkan ke Tahap II – tahap amaran, lapornya. Pihak berkuasa berkaitan di wilayah Sumatera Barat telah mengeluarkan larangan aktiviti pendakian di kawasan Marapi sehingga keadaan kembali normal. https://twitter.com/KamaluddinIdr

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Image
[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak BACA selanjutnya https://pakdin.my/161047 Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu [gempa] bertepatan dengan [anak-anak] mengaji di madrasah diniyah dan masjid," kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy, Selasa (22/11). Demikian disampaikan Muhadjir selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan pelbagai pihak berkaitan di Cianjur, Jawa Barat. Mengenai jumlah mangsa yang maut, Muhadjir mengakui "belum pasti". Bagaimanapun, "untuk angka sementara, sekitar 162 orang meninggal dunia," katanya. Sebelum ini, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, menyatakan sekurang-kurangnya 162 orang maut dan ratusan lagi cedera. Demikian disampaikan Ridwan Kamil melalui akaun Twitternya pada Selasa (22/11) awal pagi. Namun, dalam keterangan tertulis, Selasa (22/1

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Image
[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160868 / Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu Malaysia), semalam. Sebanyak tiga kali gempa dengan kekuatan pertama magnitud 6.1, kemudian magnitud 5.1, dan yang terakhir magnitud 5. Gempa bumi kuat yang disusuli gempa susulan dirasai tiga hingga lima saat di beberapa daerah termasuk Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan, Toba, Tapanuli Tengah, Labuhan Batu Utara dan Medan. Selain itu, gempa yang terjadi mengakibatkan kerosakan 872 rumah penduduk, 60 rumah ibadah, dan 22 batang jalan. Bencana ini juga menyebabkan tanah longsor dan kebakaran. Kebakaran terjadi di wilayah Pahae Jaya, Desa Sarulla akibat litar pintas elektrik selepas gempa. https://www.instagram.com/tv/CjN5CJggxhd/?utm_source=ig_web_copy_link Penduduk di Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan dan Tob